Header Ads

Taktik Terbaru Ah Long Menakutkan Peminjam, Pasang Bom Di Kereta Dan Letupkan Supaya Mangsa Cedera


TAIPING – Sindiket pemberi pinjaman wang secara haram atau dipanggil Ah Long dikatakan semakin mengganas kerana cara terbaru mereka mengugut para peminjam wang dengan menggunakan bom buatan sendiri dengan tujuan untuk mencederakan si peminjam, lapor Utusan Online.

Sindiket ini amat dikenali dengan menyimbah cat merah sekiranya peminjam didapati gagal melunaskan hutang tetapi di Jalan Pengkalan Setia, Taman Pengkalan Setia, Simpang di sini semalam Ah Long didapati menggunakan bom yang dipasang pada kereta peminjam.

Dalam kejadian itu seorang lelaki iaitu peminjam didapati parah kedua-dua belah kakinya akibat terkena bahan letupan yang dipasangkan di keretanya oleh sindiket Ah Long.


Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, kejadian itu berlaku pada pukul 10 malam ketika lelaki terbabit yang berusia 50 tahun itu sedang membuka pintu kereta jenis Toyota Corolla miliknya. Setelah pintu di bahagian pemandu dibuka, satu letupan yang amat kuat berlaku yang mencederakan kaki mangsa.

Menurut Harrith lagi, kereta milik mangsa dipercayai telah mengalami kerosakan dan setelah pemeriksaan dibuat mereka mendapati ada beberapa besi, wayar, tali dan juga bateri yang dipercayai adalah komponen serta bahan letupan buatan sendiri untuk mencederakan mangsa. Ketika letupan itu berlaku tiada sesiapa pun yang ternampak suspek memasang bahan letupan berkenaan, jelasnya.


Mangsa kini masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Taiping dan dikatakan tidak mengalami kecederaan yang bahaya selain kecederaan di kedua belah kakinya. Melalui ujian X-Ray yang dilakukan, doktor telah mengesahkan terdapat serpihan seperti skru berada dalam kedua-dua bahagian kaki mangsa, katanya.

Melalui siasatan yang dilakukan, polis mendapati mangsa yang bekerja di kilang kejuruteraan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah datang ke Taiping untuk melawat anak lelakinya, semalam. Mangsa juga dikatakan pernah tinggal di Taiping pada tahun 2014 sebelum berpindah ke Bukit Mertajam.

Menurut mangsa yang berasal dari Seberang Perai itu, dia mempunyai sebuah kilang kejuruteraan sendiri sebelum ini yang mengalami masalah, lalu membuat pinjaman kewangan daripada ah long sebanyak RM300,000 namun tidak mampu untuk membuat pembayaran hutang itu, jelasnya.

Mangsa juga sedar punca kejadian itu berlaku kerana perbuatan Ah Long yang bertujuan untuk menakutkan mangsa agar membayar hutang yang dipinjam.

Sehingga kini pihak polis sedang menyiasat dan mengenal pasti sindiket pemberi pinjaman ini dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang ini tampi bagi membantu polis menjalankan siasatan, kata Harrith lagi.

Sumber: FMT, Utusan Online

No comments

Powered by Blogger.