Header Ads

Tergamaknya Buat Pakcik Itu Begitu Ketika Kita Di Awal Ramadhan


TASEK GELUGOR, PULAU PINANG - Perkongsian seorang wanita yang memuat naik dua gambar yang menyatakan seorang lelaki warga emas telah disamun ketika sedang menunggang motosikal amat mengejutkan.

Seperti yang dikongsikan wanita terbabit, Siti Nor Zaimah, kejadian itu berlaku pada pagi tadi berhampiran dengan Bank Simpanan Nasional (BSN), Tasek Gelugor.

"Pakcik itu cerita yang dia telah dirompak oleh lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda EX5".

Pakcik kena rompak. Depa naik moto EX5. Depa tendang moto, ambil habis duit dengan IC pakcik. Pakcik nak beli daging buat makan esok, nak..

Esok adalah awal Ramadhan, semua orang akan berpuasa. Tergamaknya buat pakcik itu begitu. Semoga Allah membalas semua apa yang mereka lakukan pada pakcik ini, kata Siti Nor Zaimah.

Gambar yang dikongsikan oleh wanita ini telah jadi tular di media sosial dengan rata-rata netizen turut menyatakan rasa simpati mereka terhadap pakcik berkenaan.

Walau bagaimanapun, tidak beberapa selepas status wanita tersebut jadi tular, beliau memuat naikkan satu lagi status dengan menyatakan ada beberapa pihak yang memberitahu kepadanya tentang cerita pakcik berkenaan.

"Kes samun pakcik itu tadi, ramai yang memberitahu telah beberapa kali orang nampak kes yang sama berlaku padanya. Ada beberapa orang kata pakcik itu pelupa dan nyanyok".

"Apa sekalipun saya nak beritahu. Tak kisahlah sama ada betul atau tidak pakcik itu cerita pada saya apa yang berlaku. Sekiranya betul, semoga Allah sentiasa melindungi dia selepas ini".


Semoga penyamun itu mendapat balasan daripada Allah. Jika kita tengok pada keadaan motor pakcik itu tadi, memang ternampak kesan yang motosikal itu telah jatuh, katanya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.