Header Ads

Tergamaknya Seorang Anak Memukul Ibunya Di Hadapan Orang Ramai Hanya Kerana Belikan Cermin Mata Murah


CHINA - Seorang remaja lelaki bertindak kejam apabila memukul ibunya tanpa segan silu di hadapan orang ramai kerana kecewa ibunya belikan padanya sepasang cermin mata yang berharga murah.

Melalui rakaman video yang telah jadi tular dan dikongsi di media sosial itu, remaja lelaki terbabit kelihatan sedang membelek telefon bimbitnya tetapi apabila ibunya menyerahkan wang kepadanya, dia serta merta memukul ibunya itu tanpa rasa bersalah dan tanpa belas kasihan.

Menurut laporan daripada laman Daily Mail, kejadian yang menyedihkan itu telah berlaku di sebuah kedai cermin mata di Yongjia, Wenzhou.

Ketika remaja berkenaan memukul ibunya, kelihatan pekerja kedai cermin mata yang sangat terkejut dengan tindakan remaja tersebut bertindak menghalang remaja terbabit daripada terus memukul ibunya itu yang langsung tidak berbuat apa-apa selepas dipukul anaknya.

Rakaman video yang berdurasi satu minit itu juga telah mendapat perhatian daripada netizen dan rata-rata diantara mereka mengecam tindakan remaja berkenaan, malah ada yang turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap remaja terbabit.


Beberapa pendapat netizen turut mengatakan remaja berkenaan sebagai seorang anak yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh ibunya. Menurut kata netizen lain pula, remaja berkenaan dikatakan sebagai seorang anak yang berhati perut serta tidak tahu malu kerana memukul ibunya sendiri di hadapan orang ramai. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.