Header Ads

Tok Sami Tonton Video Tak Senonoh Dalam Bas Dengan Selamba Tanpa Rasa Bersalah


Sami adalah diantara individu yang amat dihormati dan disanjungi oleh sesetengah orang terutamanya di kalangan masyarakat yang beragama Buddha. Mereka dianggap tinggi nilai darjatnya kerana sanggup meninggalkan segala hal dunia dan mengabadikan dirinya kepada Tuhan hanya untuk beribadat.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki yang dipercayai Tok Sami telah mengejutkan orang ramai apabila satu perkongsian dari seorang pengguna Facebook menunjukkan individu itu sedang menonton video lucah ketika berada di dalam bas.


Menurut pengguna laman sosial terbabit, Wittawat Wonghajuk, beliau ketika itu dalam perjalan menuju ke Wilayah Nong Bua Lamphu.

"Saya sedang berada di dalam sebuah bas sebelum mendengar satu bunyi yang pelik. Bila saya cuba untuk melihat dari mana ia datang, saya ternampak seorang sami sedang memegang telefon bimbit. Mengejutkan kerana sami itu sedang menonton video lucah secara terbuka. Paling memalukan dia tidak memakai earphone dan menguatkan bunyinya."

Menurut Wonghajuk, lelaki berkenaan kelihatan seperti tidak merasa bersalah kerana sengaja menonton video itu ketika orang ramai berada di sekelilingnya.

Berita ini telah mengejutkan media sosial di Thailand dan netizen turut mengecam tindakan lelaki yang berpakaian seperti sami itu. Mereka juga turut mengatakan bahawa lelaki terbabit mungkin sekadar menyamar dengan tujuannya yang tertentu. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.