Header Ads

Video Bayi Berusia 2 Tahun Terperangkap Dalam Kereta Ketika Ibu Bapanya Membeli-Belah Telah Diselamatkan Oleh Polis


CHINA - Seorang bayi lelaki hampir-hampir mengalami strok haba setelah ditinggalkan di dalam kereta kerana dipercayai tertidur sementara ibu bapanya pergi membeli-belah.

Memetik laporan Shanghaiist, kejadian yang berlaku semalam di Dongguan itu, bayi terbabit yang dikatakan berusia satu tahun itu terjaga dari tidurnya dan menyedari ketiadaan ibu bapanya bersama terus menangis dalam ketakutan.

Seorang lelaki yang dipercayai telah melalui berdekatan dengan kereta mangsa telah terdengar tangisan bayi itu lalu terus menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan memandangkan beliau tidak boleh bertindak sendirian.

Menerusi rakaman video yang berdurasi 43 saat itu yang kini telah tersebar di media sosial, memaparkan dua pegawai polis bertungkus lumus cuba memecahkan cermin tingkap kereta bagi menyelamatkan bayi malang terbabit yang kelihatan basah kerana berpeluh setelah berada di dalam kereta ibu bapanya hampir 40 minit lamanya.


Walau bagaimanapun, tiada laporan yang menyatakan ibu bapa bayi tersebut akan didakwa di atas kesilapan mereka itu, tetapi rata-rata netizen mengharapkan pasangan terbabit bersyukur memandangkan bayi mereka itu telah berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan orang awam. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.