Header Ads

(Video) Kerana Dikatakan Cuba Buat Provokasi, Mejar Zaidi Ditampar Depan Masjid


Rakaman video Pegawai Penerangan kepada Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, ditampar oleh seorang peserta himpunan aman yang membantah campur tangan kerajaan negeri Pulau Pinang berkaitan dengan isu fatwa di Masjid Simpang Enam, Georgetown, 2.30 petang tadi.

Menurut laporan Harian Metro, keadaan himpunan aman menjadi sedikit kecoh apabila dikatakan Zaidi yang cuba melakukan provokasi terhadap Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Difahamkan pada ketika itu Mohamed Hafiz sedang menyampaikan ucapannya.

Walau bagaimanapun, tindakannya itu telah berjaya dihalang oleh beberapa peserta yang berada di situ sebelum salah seorang daripada mereka yang menjadi berang telah bertindak menampar mukanya secara tiba-tiba.

A post shared by roslay raffie (@roslayraffie) on

Menurut sumber lagi, anggota polis cawangan khas (CB) yang berada di kawasan berkenaan telah berjaya mengawal keadaan dan kekecohan tersebut. Perhimpunan tersebut telah berjaya disuraikan secara aman pada jam 2.40 petang.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.