Header Ads

Wahai Ayah Yang Disayangi, Pulanglah, Dakaplah Aku Sebelum Diri Ini Kaku - Pesakit Kanser Tulang


Penulis: Kuan Chee Heng

Satu kisah yang sedih mengisahkan Julita yang kini perlu berulang alik ke hospital kerana dikatakan menghidap penyakit kanser tulang. Ayahnya dipercayai telah lama meninggalkan dia dan keluarganya kerana ingin mencari madu lebah yang bermutu selepas diberitahu anaknya itu menghidap kanser.

Sungguh, pilu, sayu dan sedih betapa deritanya dia yang kini menanggung penyakit kanser berkenaan, ada ayah tetapi seperti tidak mempunyai ayah.

Sungguh mengejutkan saya apabila terpandang wajah seorang lelaki dalam gambar keluarga Julita yang didapti tergantung di dinding rumahnya yang ditampal dengan plaster. Tanpa berlengah, saya terus bertanyakan pada Julita.

"ENTAHLAH NAK CAKAP AYAH YE, BUKAN AYAH PUN YE", jawab Julita spontan.

Setelah ditanya dan diselidiki, benar, sememangnya Julita dan keluarganya telah pun ditinggalkan ayahnya demi jodoh yang lain setelah Julita disahkan menderita penyakit kanser tulang.

Difahamkan, tidak pernah walau sekali pun ayahnya pulang untuk menziarahi keadaan Julita yang kini sedang bertarung nyawa dengan kesedihan, kesengsaraan dan kesakitannya melalui kimo (Chemo), radiotherapy dan bermacam-macam lagi.


Wahai si ayah, datanglah, jenguklah Julita. Itu anak dan zuriat kamu yang telah dikurnikan kepada kamu oleh Allah SWT. Walau bagaimanapun kau cincang dan tetak tidak akan sekali-kali terputus darah yang mengalir.

"Ayah, baliklah, dakaplah diri anakmu ini sebelum saya kaku. Jangan terlambat untuk berbuat demikian.."


Rasa rindu, marah serta pasrah Julita, saya amat memahaminya sehinggakan wajah ayahnya di dalam gambar ditampalkan dengan plaster kerana rasa amarah di hati yang amat sangat. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.