Header Ads

Walau Sesak Macam Mana Pun Trafik, Pemandu Di Sarawak Tetap Sabar & Gigih Menempuhnya Tanpa Bunyikan Hon

Susulan kes yang berlaku di Masjid Austin Perdana, Johor Bahru, semalam yang membabitkan beberapa jemaah masjid dan seorang pemandu kereta Camry yang didakwa membunyikan hon ketika umat Islam sedang solat dan jadi viral, rata-rata netizen mempunyai pendapat masing-masing serta membicarakan tentang kejadian di media sosial.

Seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Emmet Menulis menerusi akaun Facebook miliknya, mempunyai ceritanya yang tersendiri yang ingin dikongsikan untuk semua rakyat Malaysia.

Mungkin dengan perkongsian ini akan membuka mata beberapa pihak yang berkait dengan pemanduan dan kesabaran sebagai pemandu kenderaan di Malaysia.

Gambar Sekadar Hiasan
Oleh: Cikgu Emmet Menulis

Hon di Sarawak

1. Biasanya hon di Sarawak dibunyikan untuk mengisyaratkan pemergian kita selepas melawat rakan atau biasanya disebut hon untuk persahabatan.

2. Hon juga dibunyikan bila kereta cuba memotong kenderaan besar seperti lori. Malah selepas diberi ruang memotong lori akan membalas dengan hon seolah- olah komunikasi ucapan terima kasih dan jawaban sama-sama berlaku. Lagi satu jika ada haiwan berhampiran yang cuba melintas maka hon dibunyikan.

3. Meski sesak mana pun keadaan trafik, pemandu di Sarawak gigih menempuh dengan sabar tanpa membunyikan hon. Walaupun waktu itu lampu isyarat rosak.

4. Membunyikan hon lebih dilihat sebagai satu yang bersifat mendesak bukan menegur. Kerana itu pemandu di Sarawak tidak suka dihon sesuka hati kerana merasakan ia satu pembulian jalanraya.

5. Jika kereta di hadapan leka atau layap di persimpangan lampu isyarat. Maka kereta belakang akan membunyikan hon yang pendek untuk menyedarkan pemandu hadapan supaya bergerak jika lampu sudah hijau. Begitu juga kalau kereta terlalu perlahan di lorong kiri ketika melalui jalan 2, lorong 2 hala seperti Serian ke Kuching.

6. Di hadapan rumah rumah ibadat tidak pernah ada kereta yang membunyikan hon walaupun berlaku kesesakan atau terperangkap. Sifat hormat menghormati antara penganut agama menyebabkan kita mendahului rasa sabar dan menyimpan emosi.

Baca: Kes Pemandu Bunyikan Hos Ketika Umat Islam Solat Jumaat

7. Sebab itu jika memandu di Sarawak kita jarang mendengar hon berpanjangan, ini menunjukkan bahawa orang Sarawak mempunyai sifat sabar yang tinggi. Walaupun banyak acara keagamaan yang kadang kala membuat jalan menjadi sempit kereta mungkin terhalang namun boleh diselesaikan dengan kesabaran.

Baik sewaktu solat Jumaat, misalnya di gereja pada hari Ahad, all soul day, upacara mengingati roh di perkuburan cina yang melibatkan kesesakan dapat diatasi dengan kesabaran dan sifat faham memahami.

Tambahan pula pengunaan sukarelawan RELA dari pelbagai kaum membantu melancarkan kesesakan. Semoga rakyat Sarawak kekal dinamik dalam sikap bertoleransi. HON di Sarawak adalah satu kejanggalan.
Demikianlah kisah hon dan Sarawak.

No comments

Powered by Blogger.