Header Ads

Wanita Cantik Ibu Berusia 49 Tahun Awet Muda Disangka Kekasih Anak


BEIJING- Anda pasti tidak akan menyangka sekiranya terpandang susuk tubuh wanita cantik ini dengan kulit muka yang licin serta bertubuh langsing umpama wanita berusia 20 tahun ke atas.

Wanita ini Liu Yelin yang berusia 49 tahun amat popular pada ketika ini di China serta menjadi perbualan netizen di media sosial gara-gara kecantikan semulajadinya itu.

Sekali pandang ramai yang menganggap Yelin adalah wanita muda dan pastinya sesiapa saja yang memandangnya untuk kali pertama mengakui kejelitaan wanita yang amat dikagumi jutaan peminatnya.

"Ramai orang selalu terkejut apabila mengetahui saya sudah berusia hampir 50 tahun. "Setiap kali saya keluar membeli-belah dan memberitahu usia sebenar, pasti ramai orang akan menggerumuni saya untuk mengetahui rahsia awet muda," katanya kepada Mail Online.




Yelin yang sebelum ini dikenali sebagai Ye Wen, dilahirkan pada 1968 di Xinyang, wilayah tengah China, Henanm, juga ada berkongsi rahsianya iaitu selalu bersenam untuk mengekalkan kejelitaan dan bentuk tubuh yang menarik walaupun usia hampir setengah abad.

Menurut Yelin lagi, dia sering disalah anggap disebabkan rupanya itu, ada yang mengatakan bahawa dia adalah kekasih kepada anak lelakinya sendiri yang berusia 22 tahun.

"Pernah sekali saya menghadiri majlis perkahwinan bersama anak lelaki saya yang bekerja sebagai pembantu di sebuah syarikat perfileman. "Ramai tetamu menyangka kami adalah pasangan kekasih," jelas Yelin lagi.

Menurut Yelin dia mengaku bahawa dia jarang menggunakan alat kosmetik untuk mengekalkan kecantikan mukanya, sebaliknya hanya kekal melakukan senaman sejak 30 tahun lalu.

"Saya akan berenang di tasik dan mengangkat berat pada setiap hari. "Menerusi senaman yang berat, saya berasa seperti berusia 15 tahun dan mahu kekal cantik sebegini sehingga usia 80 tahun" katanya.

Rata-rata netizen di China memuji kecantikan yang dimiliki oleh Yelin selepas gambar-gambarnya jadi tular di media sosial. - Koleksi Viral

Sumber: Mstar Online

No comments

Powered by Blogger.