Header Ads

Wanita Curi Rakam Perempuan Bogel Di Gym Dan Jual Video Di Internet RM4778

SINGAPURA ― Seorang wanita eksekutif pemasaran meraih sebanyak RM4,778 setelah menjual satu rakaman video wanita yang sedang berbogel ketika menyalin pakaian di sebuah pusat kecergasan, lapor MMO.

Seperti yang dilaporkan, wanita terbabit Heng Li Ying yang berusia 29 tahun telah menjual rakaman yang dipercayai berdurasi satu hingga dua minit itu di satu forum internet yang dikenali sebagai Sammyboy, dalam jangka masa 5 bulan sehingga Mei 2014.

Wanita terbabit dikatakan telah membuka satu topik di forum maya berkenaan yang bertajuk 'Mengintai di Bilik Persalinan' dengan niat untuk menjual dan mengiklankan rakaman tersebut yang dipercayai telah di rakamkan di True Fitness di Suntec City Mall di Singapura.


Bagi setiap saat, wanita terbabit menjualnya dengan harga 10 hingga 20 sen Singapura bersamaan dengan 31 hingga 62 sen Malaysia. Heng dikatakan telah menjual rakaman berkenaan kepada 22 orang pembeli sebelum dia ditangkap pada 7 Mei 2014.

Wanita berkenaan telah dikenakan hukuman pemjara selama 30 minggu setelah mengaku bersalah di atas tinga pertuduhan iaitu telah mencerobohi ruang peribadi tiga orang wanita antar 19 sehingga 26 April 2014.

Heng juga dikatakan telah didakwa kerana mempunyai 23 filem lucah dalam simpanannya.

No comments

Powered by Blogger.