Header Ads

Wanita Lalui Pengalaman Melahirkan Anak Dalam Kereta Jadi Tular Di Media Sosial


GUA MUSANG - Seorang wanita melalui pengalaman dalam hidupnya yang jarang dihadapi oleh semua orang di dunia ini, kelahiran cahaya matanya yang kedua menjadikan kenangan yang tak akan dilupakannya seumur hidup.

Memetik laporan Sinar Harian, wanita terbabit melahirkan bayinya dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Nurul Farahana Shaari, 30, Farahana Shaari, 30, langsung tidak menyangka akan melahirkan anak perempuannya itu ketika dalam perjalanan kira-kira 10 kilometer dari Hospital Gua Musang (HGM),katanya.

Beliau yang kini berada di HGM berkata, dia dalam perjalanan dari Hutan Melintang, Perak, dan mahu pulang ke Kota Bharu bersama adik ipar, Redzuan Abd Manaf, 30, dan anak pertamanya untuk menunggu detik kelahiran.

Katanya mengikut perkiraan, jangkaan untuk melahirkan anak 10 Mei ini. Disebabkan dia membuat keputusan untuk pulang ke kampung pada 30 April lalu bersama adik iparnya kerana suaminya, Saharudin Abd Manaf seorang anggota bomba di Perak, terpaksa bertugas pada ketika itu,

Katanya, dia berani pulang kerana semasa melahirkan anak pertamanya, kelahirannya sama seperti tarikh yang dijangkakan dan dia langsung tidak merasa sakit ketika turun dari rumah pada pagi tersebut.

Walau bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan, pada jam 11 pagi, dia merasa sakit di perut dan kontraksi setiap lima minit mula terasa. Setengah jam selepas itu, dia dapat merasakan bayi aka keluar dan adik iparnya dengans egera memberhentikan kereta di tepi jalan lalu cuba meminta pertolongan daripada orang yang melalui akwasan berkenaan.

Menurut Farahana, sekumpulan peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi yang juga berbangsa Cina menghulurkan pertolongan dan seorang wanita Cina yang berkereta turut membantu memotong tali pusat bayinya.

Sewaktu proses kelahiran, adik ipar saya yang bertanggungjawab menyambut anak. Setelah itu, wanita Cina yang turut membantu memotong tali pusat dengan pisau kerana tiada sebarang kelengkapan lain. Ada yang menghubungi ambulans dan mengawal lalu lintas.

Setelah semuanya selesai mereka meneruskan perjalanan dan membawa saya ke hospital dengan iringan pasukan konvoi tersebut. Perjalanan mengambil masa selama 10 minit dan jururawat segera mengeluarkan uri kerana bimbang berlaku sebarang komplikasi terhadap saya.

No comments

Powered by Blogger.