Header Ads

Wanita Temui Seekor Cicak Dalam Masakan Kari Ketam Semasa Makan Di Restoran Daun Pisang Puchong


Makanan adalah sesuatu yang amat penting untuk kehidupan manusia. Pemakanan seseorang akan menentukan kesihatannya sama ada baik atau pun tidak, semuanya berdasarkan kepada makanan.

Apabila seseorang itu sedang menjamu selera dengan makanan, secara tiba-tiba dalam makanan yang dimakan itu mengandungi bahan asing yang tidak sepatutnya ada, lalu menyebabkan selera terbantut dan tidak akan memakannya lagi.

Memetik laporan laman World of Buzz, seorang wanita yang dikenali sebagai Shantini telah melalui perkara ini di sebuah restoran dan perkara ini telah dikongsikan beliau di laman sosial Facebook sehingga jadi tular.


Melalui perkongsian Shantini, dia menyatakan singgah ke sebuah restoran di Puchong untuk makan tengah hari. Apa yang amat mengejutkannya, dia terjumpa seekor cicak yang agak besar di dalam masakan kuah kari ketam yang dipesannya di restoran terbabit.

Menurut Shantini, yang amat mengecewakan ialah berkaitan dengan kakitanga restoran berkenaan yang dipercayai langsung tidak mahu meminta maaf di atas apa yang telah berlaku kepadanya. Mungkin selama ini masakan ketam tersebut sangat sedap adalah disebabkan bahan rahsia berkenaan, katanya di Facebook.

Shantini amat berharap pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan terhadap pengusaha restoran terbabit kerana tidak mementingkan kebersihan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.