Header Ads

Akibat Bosan Tiada Hiburan Menaiki Penerbangan Murah, Pasangan Ini Lakukan Aksi Buat Tontonan Penumpang Lain


Mungkin semua orang tahu apabila menaiki pesawat ekonomi tambang murah banyak kemudahan yang tiada dalam jenis penerbangan itu seperti tiada sebarang hiburan iaitu televsiyen dan sebagainya yang akan menyebabkan penumpang merasa bosan apabila dalam penerbangan jarak jauh.

Biasanya, penumpang yang menaiki penerbangan jenis ini akan menghabiskan masa mereka dengan tidur, membaca atau pun menggunakan telefon bimbit untuk menghilangkan rasa bosan sementara menunggu sampai ke destinasi yang ditujui.

Tetapi berbeza kepada satu pasangan ini apabila mereka memilih untuk melakukan 'aksi' yang jarang dibuat orang ketika dalam penerbangan walaupun pesawat berkenaan sedang bergerak laju dengan ketinggian yang melebihi 36,000 kaki.


Menurut laporan Daily Mail, kejadian ini berlaku ketika dalam penerbangan bajet pesawat Ryan Air yang dalam perjalanan dari Manchester, United Kingdom yang menuju ke Ibiza, Sepanyol.

Aksi pasangan itu juga telah dirakamkan oleh salah seorang penumpang yang duduk berdekatan dengan mereka. Rakaman yang berdurasi selama 40 saat itu turut jadi tular di media sosial selepas dimuat naik malah rata-rata netizen turut mengecam tindakan pasangan terbabit yang dikatakan amat memalukan.


Aksi yang tidak senonoh itu telah mengejutkan para penumpang lain yang berpendapat kelakuan mereka itu adalah tidak sepatutnya berlaku kerana dapat dilihat oleh orang ramai yang turut sama menaiki pesawat terbabit.

No comments

Powered by Blogger.