Header Ads

Alat Sulit Lelaki Ini Cedera Akibat Cuba Melempiaskan Nafsunya Dengan Tiram Yang Dibeli Di Pasar

SINGAPURA - Seorang lelaki dari Hougang yang berusia 26 tahun didapati mengalami kecederaan parah pada alat sulitnya berikutan tindakan gilanya yang cuba melakukan hubungan dan menusuk sebiji tiram yang dibelinya dari sebuah pasar.


Menurut sumber yang namanya tidak didedahkan, lelaki berkenaan yang ditemui ketika ditemuramah dengan wartawan berkata, beberapa minggu lepas dia telah terbaca tentang seekor ketam yang telah menyepit alat sulit seorang wanita yang juga dari negara yang sama.

Menurutnya pada hari tersebut, sebelum kejadian lelaki terbabit balik dari kerja dan semasa melalui sebuah pasar berhampiran dia dikatakan membelikan tiram yang kononnya rupa serta fizikalnya sama seperti alat sulit milik wanita tersebut yang menyebabkannya tertarik dengan tiram berkenaan.

Menurutnya lagi sewaktu berada di pasar tersebut dia hanya meminta sebiji sahaja dan meminta saiz yang paling besar. Walaupun urusan pembelian berkenaan dikatakan telah diragui oleh penjual makanan laut terbabit tetapi dia tetap berjaya mendapatkan tiram tersebut.

Sewaktu beliau berada di rumah, lelaki itu cuba melakukan hubungan ini dengan tiram tersebut dan ketika dia mempratikkan serta melakukan perbuatan itu ke atas tiram yang tidak bersalah tersebut, dikatakan hanya kerana kesilapan teknikal alat sulit lelaki tersebut terkena pada bahagian sisi tiram yang dikatakan amat tajam dan keras yang menyebabkan kemaluannya cedera serta berdarah.

Apabila terdengar jeritan lelaki itu yang tidak tahan akan kesakitan yang dialaminya, seorang jirannya datang untuk melihat dan ingin memberikan bantuan kerana menyangka bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku kepada lelaki berkenaan, namun sangkaannya meleset sama sekali.

Apabila jirannya itu tiba di rumah lelaki berkenaan, jirannya terus membuka pintu rumah lalu ternampak lelaki itu sedang cuba melakukan perbuatan yang tidak senonoh itu terhadap sebiji tiram dan menurutnya lagi darah ada di mana-mana sahaja di lokasi kejadian tersebut serta lelaki berkenaan dikatakan menjerit kerana kesakitan.

Sumber: Telegraph

No comments

Powered by Blogger.