Header Ads

Anak Hampir Diculik Oleh Wanita Warga Emas Ketika Berada IOI Mall - Wanita Ini Kongsi Pengalaman Berdepan Saat Genting

Sejak semalam heboh di laman sosial apabila satu kisah cubaan menculik seorang kanak-kanak lelaki yang berlaku di kompleks membeli belah IOI Mall, Puchong, Selangor yang menyebabkan keluarga dan kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit mengalami kejutan yang teramat sangat.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius, manakala penculik terbabit dipercayai telah berjaya melarikan diri selepas cubaan menculik budak tersebut gagal.

Foto - The Star
Kejadian yang berlaku kepada keluarga kanak-kanak tersebut diceritakan semula kepada wartawan The Star dalam satu temubual yang dilakukan.

Menurut ibu bapa kanak-kanak terbabit, ketika mereka berada di dalam pusat membeli belah berkenaan, anak lelakinya itu didapati menangis kerana mereka tidak mahu mendukungnya. Secara tiba-tiba seorang makcik yang berusia lewat 50-an menghampiri mereka dan menjerit dengan kuat kepada kami.

"Bila kau nak mati? Dah berapa ramai budak yang kau culik?"

Pada mulanya keluarga berkenaan memikirkan wanita yang menjerit itu mengalami masalah mental tetapi selepas itu mereka mula menyedari ada seseuatu yang tidak kena dengan kedaan berkenaan. Disebabkan itu mereka dengan segera memeluk erat anak lelaki mereka itu untuk melindunginya. Wanita terbabit tidak berani berbuat apa-apa kerana tiga orang dewasa sedang mengawasi anaknya.

Menurut keluarga mangsa lagi, wanita tersebut sudah berusia memakai baju oren bercorak bunga mempunyai rambut paras bahu dan berjalan keseorangan semasa kejadian itu berlaku.

Akhirnya, keluarga berkenaan membuat keputusan untuk melaporkan kepada pengawal keselamatan yang bertugas serta beliau didapati bercakap dan meracau sesuatu yang sukar difahami. Kemudiannya dia menuduh keluarga terbabit telah memasuki rumahnya serta mencuri barangan miliknya dan juga mengatakan cuba mencederakan dirinya.

Menurut keluarga itu, mereka dapat merasakan bahawa dia cuba untuk memanupulasikan keadaan agar orang ramai beranggapan anaknya itu menangis kerana diculik oleh keluarganya. Keadaan ini akan memudahkan wanita terbabit mengambil kanak-kanak itu secara paksa, katanya.

Foto - Shopping Complex
Sewaktu nenek kepada keluarga terbabit ingin menelefon pihak polis, wanita yang dikatakan mengalami masalah mental itu menjerit dan turut menyuruh keluarga tersebut menunjukkan kad pengenalan kepadanya. Pada ketika itu orang ramai sedang melihat dan keluarga tersebut tidak mahu orang ramai tersalah anggap lalu keluarga itu terus ke pondok pengawal keselamatan.

Setelah pengawal keselamatan tiba, wanita berkenaan terus menghilangkan diri. Mereka merasakan wanita terbabit menjadikan mereka sebagai mangsa kerana anaknya itu sedang menangis.

Menurutnya, sekiranya mereka terus melayan wanita terbabit, berkemungkinan anak lelakinya itu telah pun diculik.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan kejadian sebegini kerana modus operandi dan taktik bagi penculikan kanak-kanak semakin hari semakin licik.

No comments

Powered by Blogger.