Header Ads

Bapa Sanggup Mencuri RM251,000 Dan Simpan Wang Dalam Gua Untuk Persediaan Majlis Perkahwinan Anak


DONGGUAN, CHINA - Seorang lelaki menyimpan wang tunai dalam satu tembikar yang berjumlah 400,000 Yuan (RM251,000) di dalam sebuah gua bagi persediaan untuk majlis perkahwinan anak lelakinya.

Walau bagaimanapun, anak lelaki berkenaan merasa amat kecewa apabila mendapat tahu bahawa ayahnya adalah pencuri yang telah mencuri wang tersebut dari sebuah peti besi yang tersimpan di kilang di mana tempat ayahnya berkerja mencari rezeki. bagi anak lelaki itu apabila bapanya sebenarnya seorang pencuri.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Wang itu telah ditangkap polis dua minggu lalu dan mengaku dia telah pergi ke kilang tersebut ketika waktu malam kerana ingin mencuri wang disimpan di dalam peti besi.

Dia dikatakan telah memecah masuk ke pejabat berkenaan dan telah cuba memecahkan peti besi berkenaan. Dek kerana gagal untuk memecahkan peti besi itu dia telah menghubungi rakannya yang dikenali sebagai Pan, 52, untuk mendapatkan bantuan bagi mencuri wang tersebut.

Mereka akhirnya berjaya memecahkan peti besi itu setelah menjatuhkannya dari tingkat dua kilang dan berkongsi wang tunai didapati dan mengambil 400,000 yuan untuk dibawa pulang ke kampung dan bakinya disimpan di rumah sewa mereka di sini.








Malang bagi kedua-dua lelaki terbabit apabila mereka ditangkap polis setelah rakamanrakaman kamera keselamatan di kilang tersebut telah memaparkan perbuatan serta mendedahkan identiti mereka berdua.

Setelah disoal siasat Wang akhirnya membawa pihak polis ke sebuah gua dan menggali satu lokasi di mana dia menanam wang yang dicurinya itu dalam sebuah tembikar.

Wang turut memaklumkan kepada pihak polis bahawa dia mahu menyimpan wang tersebut dan ianya adalah sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan anak lelakinya nanti. - Harian Metro & Qq.com

No comments

Powered by Blogger.