Header Ads

Bayi Ditemui Dalam Beg Dengan Kesan Gigitan Nyamuk Dan Dijangkiti Kuman Kerana Ditinggalkan Di Kawasan Kotor


KOTA KINABALU - Seorang bayi lelaki dipercayai baru sahaja dilahirkan berdasarkan masih bertali pusat ditemui dengan beberapa kesan gigitan nyamuk dibibir dan juga matanya ditemui berdekatan dengan gerai menjual cendol pulut dan cucur udang di Jalan Salut Sulaman di sini, hari ini, lapor Harian Metro.

Bayi malang itu telah dijumpai oleh pemilik gerai terbabit yang pada ketika itu ingin memulakan perniagaannya sebelum menyedari ada satu bungkusan beg yang telah ditinggalkan oleh seseorang berdekatan dengan gerainya.

Menurut pemilik gerai berkenaan, dia melihat bungkusan itu bergerak-gerak sebelum mendekati bungkusan yang dicurigainya itu dan membukanya untuk melihat apakah isi kandungannya sebelum terkejut apabila mendapati ada bayi dalam beg berkenaan kira-kira pada jam 12 tengah hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra, melalui siasatan pihaknya, peniaga terbabit tertanya-tanya dengan isi kandungan beg itu, kemudian membukanya dan terkejut apabila di dalam bungkusan itu terdapat bayi lelaki yang masih hidup.

"Peniaga itu kemudian mengalihkan bayi terbabit ke tempat teduh kerana kawasan bayi itu ditemui agak panas sebelum menghubungi polis," katanya di sini, hari ini.

Menurut Chandra, pemeriksaan mendapati bayi itu dibaluti kain di bahagian tubuhnya.

"Ketika itu bayi dalam keadaan lemah dan sudah tidak bersuara lagi kerana tiada bunyi tangisan ketika ditemui dan terdapat kesan gigitan semut di bahagian mulut dan tepi matanya.

"Selepas dirawat, bayi lelaki itu didapati dijangkiti kuman kerana ditinggalkan di kawasan yang kotor, namun keadaan bayi itu stabil dan sedang mendapat rawatan di Hospital Tuaran," katanya.



Menurutnya, setakat ini tiada suspek yang disyaki kerana menurut saksi dia hanya menyedari kehadiran bayi itu selepas terkejut beg yang ditinggalkan berhampiran gerainya bergerak.

"Saksi tidak melihat kehadiran orang lain yang meletakkan bayi terbabit di sekitar kawasan gerai jualan mereka.

"Siasatan masih diteruskan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu Inspektor Nur Shajida Shara ditalian 0177240402 untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Tergamaknya seorang ibu membuang bayi yang tidak berdosa itu. Apakah kesalahannya sehingga diperlakukan sebegitu. Apa salahnya sekiranya bayi itu diberikan kepada mereka yang menginginkan zuriat.

No comments

Powered by Blogger.