Header Ads

Bayi Lelaki Ditemui Dalam Keadaan Tenat Ditinggalkan Di Bawah Pondok


KAMPUNG GAJAH - Seorang bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan telah ditinggalkan oleh seseorang di bawah sebuah pondok di Kampung Pulau Juar, di sini, yang dipercayai mangsa berada dalam keadaan tenat, tindakan ini adalah sesuatu yang keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.

Menurut laporan Harian Metro, bayi lelaki yang comel itu masih dalam keadaan bertali pusat semasa ditemui dan seberat 2.47 kilogram ditemui dengan berbalut kain serta diletakkan dalam pondok berkenaan sebelum ditemui pemilik rumah berdekatan pada jam 7 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, lelaki yang menjumpai bayi berkenaan telah membuat laporan polis sebelum bayi malang berkenaan dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, selepas pemeriksaan dibuat ke atas bayi terbabit, bayi itu dilaporkan berada dalam keadaan tenat akibat ditinggalkan dalam keadaan kesejukan, katanya.

Menurutnya lagi, ujian darah dijalankan untuk mengesan jika ada penyakit lain dan bayi lelaki itu kini menerima rawatan lanjut dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di hospital tersebut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, katanya.

No comments

Powered by Blogger.