Header Ads

Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat Ditemui Usahawan Kosmetik Dnars Ketika Ingin Membuang Sampah


TUMPAT - Seorang bayi perempuan yang comel dipercayai baru dilahirkan dan masih lagi bertali pusat di jumpai oleh usahawan kosmetik terkenal Dnars, Faziani Rohban Ahmad di hadapan sebuah premis di Pasir Pekan, Tumpat pagi tadi.

Bayi berkenaan ditemui pada jam 7.30 pagi tadi yang diletakkan dalam sebuah beg pakaian yang tidak mempunyai penutup ketika usahawan berkenaan ingin membuang sampah berhampiran dengan lokasi bayi malang tersebut ditemui.

Menurut adik lelaki kepada usahawan Dnars itu, bayi perempuan tersebut seberat 2.77kg ketika ditemui bayi telah dibalut dengan pakaian orang dewasa lengkap memakai sarung tangan serta kaki. Bayi tersebut pada ketika sedang menangis dan Mohd Faizan telah membawa pulang bayi ke rumah ke rumah mereka berdekatan dengan lokasi berkenaan.

“Adik menunjukkan bayi itu kepada saya dan keluarga. Kami terkejut dan hanya mampu menangis kerana tidak menyangka ada orang sanggup membuang bayi di bulan Ramadan ini.

“Kami terus membawa bayi itu ke Klinik 1Malaysia yang terletak 20 meter dari rumah sebelum membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan lanjut,”



Usahawan tersebut kemudian membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Tumpah, Superintendan Zaharuddin Rasip telah mengesahkan penemuan bayi perempuan tersebut. - Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.