Header Ads

Benih Khinzir Digabungkan Dengan Manusia Oleh Saintis Cetus Kejutan Buat Netizen Apabila Melihat Hasilnya

Umumnya, semua tahu bahawa khinzir adalah antara haiwan yang dikatakan hidup di dalam kelompok mereka sendiri dan tidak semua manusia yang menyukai akan haiwan yang tidak disukai umat Islam ini, malah jauh sekali untuk menyentuhnya kerana agama Islam melarang berbuat sedemikian serta haram bagi orang Islam untuk memakannya.

Foto National Geographic
Walau bagaimanapun, terkini, saintis dari luar negara telah menjalankan satu kajian bagi menggabungkan sel manusia bersama embrio khinzir untuk penghasilan hybrid manusia bagi kegunaan manusia yang akan datang.

Menurut sumber, sel stem manusia dikatakan akan disuntik ke dalam embrio haiwan berkenaan serta akan dipindahkan ke khinzir pengganti dengan tujuan untuk dikembangkan. Tindakan berkenaan bermaksud setelah khinzir itu diwujudkan, ia mengandungi sekitar satu sel hybrid manusia dari 10,000 sel yang ada (1:10,000).

Menurut saintis yang melakukan kajian tersebut yang berpusat di Amerika Syarikat itu, mereka berusaha melakukan kajian berkenaan untuk menghasilkan hybrid manusia dengan embri khinzir itu adalah bertujuan untuk perubatan.

Misi dan matlamat mereka adalah bagi menghasilkan organ-organ yang tertentu yang dipercayai boleh digunakan oleh manusia-manusia yang akan memerlukan organ tersebut pada satu masa nanti.

Menerusi kajian terdahulu iaitu apabila sel manusia dikembangkan ke dalam embrio tikus serta terbukti penghasilannya membuatkan saintis terbabit ingin mengembangkannya dengan menggunakan khinzir pula.

Melalui laporan portal Sciencealert, mereka amat mengharapkan dengan penemuan yang terbaru ini, ribuan nyawa orang ramai akan dapat diselamatkan setelah organ penting boleh digunakan serta digunapakai dari kumpulan khinzir yang telah mengandungi sel manusia terbabit.


No comments

Powered by Blogger.