Header Ads

Berhati-Hati Ketika Pulang Beraya, Ada Pihak Sengaja Mengambil Kesempatan - Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ketika Pulang Beraya


Pada ketika ini, ramai diantara kita sedang membuat persiapan untuk pulang ke kampung halaman dan tak kurang juga ada yang telah pun bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan raya.

Perkongsian daripada lelaki ini yang dikenali sebagai Haris Said ini menasihatkan anda agar lebih berhati-hati ketika ingin pulang untuk berhari raya ke kampung halaman. Masih lagi ada pihak tertentu yang sengaja mencari helah dan mengambil kesempatan malah sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan keuntungan.


PERINGATAN!!! BACA DAN VIRALKAN!!

*Peringatan utk semua yg balik kampung. Kejadian berlaku pada pukul 11.00pm 20/06/2017

Tadi aku dgn family nak balik Taiping (balik Raya) singgah RnR Sg Buloh (jejantas) makan KFC

Lepas makan nak gerak tak sampai 1km bergerak temperature keta naik mencanak.

Aku berhenti tepi jalan tak sampai 5 minit ada India sampai terus ketuk tingkap tanya.

"Kereta rosak ka?" (Konon niat nak tolong)

Aku malas nak layan sebab dah agak ni geng tow truck, aku cuma cakap "tarak rosak, mau tunggu kawan la"



Sebenarnya aku dah call plus utk tow kereta aku .... jadi aku tolak offer India ni.

Lepas tow truck insurance bawa sampai workshop .... foreman check penutup tangki air radiator bahagian bawah ada org bukak.

Hati-hati geng, penutup bawah ni tak perlu nak buka bonet depan kereta.

Jadi kerja2 manusia tak berguna ni akan bawa kereta kita ke workshop dia utk cas mahal2 sbb diaorg tau kita akan bayar sbb nk pakai Raya.

Benda ni baru berlaku tadi tp nasib dah settle.

Peringatan utk semua kawan2 yg nak balik Raya..... kalau singgah mana2 RnR tolong sorang stay kat kereta atau lebih baik jgn berhenti.

Ambik rehat yg cukup di rumah lepas tu gerak slow2.

Beli siap2 air makanan atau sbgnya letak dlm kereta.

Nak buang hajat atau sbgnya check sblm gerak walaupun sorang ada di kereta.

Kena sakit kepala.

Target penjenayah ini adalah org yg berkeluarga.

Tolong viral kepada semua supaya berhati-hati.

No comments

Powered by Blogger.