Header Ads

Bermula Jun 2017 Sesiapa Yang Merokok Di Taman Awam Di Negeri Selangor Akan Didenda RM10,000


SELANGOR - Bermula pada awal Jun ini, kepada sesiapa sahaja yang didapati menyalakan rokok di tempat awam seperti di taman-taman awam khas di negeri Selangor akan berdepan dengan denda serta hukuman penjara tidak melebihi daripada 2 tahun.

Laporan dari The Star, pewartaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan 2017 menjelaskan bahawa pesalah yang didapati bersalah akan dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

Peraturan itu juga turut menjelaskan bahawa taman awam yang merujuk kepada kawasan-kawasan rekreasi yang terbuka dan terdapat lanskap seperti laluan taman permainan, pejalan kaki, pelbagai gelanggang bagi sukan ‘outdoor’ dan pelbagai lagi.


Turut dilaporkan bahawa terdapat 18 jenis papan tanda larangan merokok dan 82 buah ‘bunting’ yang telah diletakkan bahkan 30,000 pamplet turut diagihkan pada orang ramai tentang penggazetan taman awam yang merupakan kawasan larangan merokok kecuali tempat letak kereta. Penguatkuasaan ini turut dikenakan ke atas rokok elektronik.

Menurut Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Zailan Adnan berkata, penguatkuasaan itu akan dilaksanakan secara berperingkat kerana ia bukanlah sesuatu usaha yang mudah. “Usaha menggazetkan taman awam perlu menjalani proses yang rapi. Kita perlu tahu secara terperinci berkenaan dengan luas dan sempadan kawasan yang ingin digazetkan itu”, katanya.

Beliau juga turut menambah usaha tersebut adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang bebas asap rokok pada tahun 2045.


Setakat ini, terdapat 13 taman awam di Petaling Jaya yang telah dikategorikan sebagai zon larangan merokok, iaitu :

  1. Taman Jaya
  2. Taman Bandaran Kelana Jaya
  3. Taman Aman
  4. Taman PJS 10
  5. Taman Rimba Riang
  6. Taman Tasik Komuniti Kelana Jaya
  7. Urban Park 1, 2, 3 and 4 in Damansara Damai
  8. Centre Spine in Bandar Sri Damansara
  9. Taman Tasik Ara Damansara
  10. Bukit Gasing

Sumber : says.com

No comments

Powered by Blogger.