Header Ads

Cara Dan Petua Menantu Menyesuaikan Diri Dengan Karenah Mentua Yang Cerewet

Beruntunglah sesiapa yang mempunyai mertua yang baik hati serta memahami menantunya. Mungkin menantu bijak mengambil hati mentua yang menyebabkan mereka suka dan senang dengan menantunya yang dianggap seperti anak sendiri.

Walau bagaimanapun, bukanlah sesuatu yang mudah untuk memenangi hati mentua, jika tersilap langkah pasti akan dibenci sampai bila-bila. Si menantu wajib mengambil tahu tentang karenah para mentua yang terkadang si menantu terlepas pandang yang menyebabkan dirinya tidak disukai mentua dan bukannya menjadi menantu pilihan dan yang disayangi.

Para menantu harus bijak untuk memenangi hati mertua dan wajib mengambil langkah yang wajar agar terus disenangi dengan menyesuaikan diri lebih-lebih lagi sekiranya mentua yang cerewet.

Gambar Hiasan - Ezaniphoto.com


Petua Menyesuaikan Diri Dengan Mentua Yang Cerewet

1. Jangka dan terima hakikat bahawa konflik personaliti akan berlaku. Ingatkan bahawa semua keluarga mengalami proses yang sama. Generasi-generasi berbeza tentu mempunyai idea berlainan. Maka dengar pendapat mentua anda dan pada masa yang sama, luahkan pandangan anda jika anda tidak bersetuju. Kebanyakan masa, niat mentua anda baik walaupun mereka tidak berkomunikasinya dengan baik.

2. Sedar bahawa anda masih dapat menjalin hubungan yang baik dan sopan dengan mentua anda walaupun tidak bersetuju dengan mereka kebanyakan masa. Kuncinya, belajar cara menyelesaikan percanggahan pandangan secara hormat dan sopan. Sebagai contoh, cubalah jangan menentang mereka di depan awam demi menjaga air muka dan maruah mereka.

3. Sebagai ibu bapa, anda perlu ingat bahawa diri anda yang perlu membuat keputusan bagaimana anda mahu membesarkan anak anda. Keutamaan perlu diberikan untuk membuat keputusan terbaik untuk anak anda, bukan sematamata demi mangambil hati mentua atau ibu bapa anda sendiri.

4. Minta pandangan atau pendapat mentua dan sentiasa terbuka kepada idea dan kritikan. Ada kalanya mereka betul. Ia bukan mudah untuk mengakui kesalahan dan menerima kritikan membina mereka.

5. Sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan mentua. Kenyataannya, mentua memainkan peranan penting dalam kehidupan anak anda dan disebaliknya. Kebanyakan kali anda mungkin tidak bersetuju, tetapi ia penting untuk memberi peluang kepada mentua anda untuk menghabiskan masa berkualiti mereka bersama anak anda.

6. Jika anda mendapat mentua yang memahami, anda perlu menjaga keharmonian dan bekerjasama dengan mereka, sambil menghormati batas sempadan wilayah masing-masing serta mengekalkan komunikasi terbuka. Ingatlah, walau apa pun yang berlaku, mereka tetap sebahagian penting daripada keluarga anda.

No comments

Powered by Blogger.