Header Ads

Cara Mudah Untuk Hapuskan Serangga Dalam Kereta Dikongsikan Lelaki Ini Tarik Perhatian Netizen


Masalah serangga atau lipas yang sering berkampung di dalam kenderaan seperti kereta sering berlaku kepada kita. Puncanya mungkin menerusi anak-anak kita yang sering memakan makanan di dalam sehingga mengundang kedatangan lipas yang beranak-pinak di dalam kenderaan.

Terkini, satu perkongsian dari pengguna Facebook, Maymen Mahali yang menunjukkan bagaimana beliau menggunakan racun serangga berjenama Fumakilla Vape bagi mencegah kehadiran makhluk perosak itu jadi tular dan trending di media sosial apabila menarik perhatian netizen.




Sebelum ni ada terbaca post pasal orang tu spray fumakilla vape di toilet sampai cicak pun jatuh tersungkur. Jadi dari post itu aku dapat idea.

Semalam balik dari open house. Gigih la aku pergi mencari benda ni. Aku pun spraylah 1 kali dalam kereta. Masuk rumah dan tidur dengan harapan agar semua serangga itu akan mati.

Pagi ini setelah memeriksa dalam kereta. Biasanya kalau masuk kereta, yang menunjukkan diri cuma 4atau 5 ekor sahaja. Aku tidak sangka begini ramai keluarga serangga ini.

Malam ini kita kasi spray lagi dengan harapan terhapuslah seisi keluarga mereka.

Iklan Fumakilla vape ini tidak berbayar, harap maklum.

No comments

Powered by Blogger.