Header Ads

Dua Beradik Sehidup Semati Maut Ketika Berkonvoi Pulang Berhari Raya Dengan Motosikal

Kegembiraan berhari raya berakhir dengan satu tragedi yang amat menyayat hati selepas dua adik-beradik maut dalam kemalangan maut membabitkan dua motosikal dan pacuan empat roda di Jalan Sandakan-Beluran, berdekatan simpang masuk ke Kampung Jaya Bakti, Sandakan, semalam.


Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada jam 4 petang itu penunggang motosikal, Abdurasid Asad Kasin, 25, bersama adiknya Abdurazim, 17 yang membonceng motosikal dilaporkan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga rakan mereka hanya mengalami kecederaan ringan selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan motosikal kedua-dua mangsa ketika dalam perjalanan pulang berhari raya.

Difahamkan, kemalangan itu membabitkan dua motosikal yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke Beluran manakala sebuah pacuan empat roda datang dari arah bertentangan.

Ketika tiba di lokasi kemalangan, dua motosikal berkenaan masuk ke lorong bertentangan yang dipercayai cuba memotong tiga kenderaan lain di hadapannya.

Walau bagaimanapun sewaktu memotong, kedua motosikal berkenaan disyaki bergesel sesama sendiri dan kerana akibat kemalangan itu, motosikal yang ditunggang kedua beradik itu tercampak ke laluan bertentangan yang menyebabkan sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak sehingga menyebabkan rempuhan berlaku.



Kedua lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pengawai perubatan ketika berada di lokasi kejadian, manakala seorang lagi penunggang bersama motosikalnya terhumban ke bahu kiri jalan dilaporkan terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Di musim perayaan ini, orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan disarankan agar bersabar dengan kesesakan lalu lintas di seluruh negara.

No comments

Powered by Blogger.