Header Ads

Elakkan Sampai Termakan Telur Yang Telah Luput Tarikh, Dapatkan Cara Simpan Dan Tentukan Kesegaran Telur Sebelum Dimasak

Zaman sekarang boleh dikatakan dalam setiap rumah pasti ada telur di dalam peti sejuk yang menandakan telur adalah antara makanan yang harus ada dan sering dimakan setiap hari. Namun, sejauh mana pengetahuan anda tentang telur yang disimpan itu yang belum tentu selamat dimakan dan tidak berbau.


Sekiranya telur yang telah berbau busuk itu pecah pasti satu kawasan rumah dikotori dengan bau yang amat busuk dan tidak menyenangkan itu, malah, akan menyebabkan seseorang itu muntah dan pening kerana tidak dapat menahan kebusukkan telur tersebut.

Apabila anda membeli telur dari pasar raya atau pun kedai runcit, jangan melakukan kesilapan, anda dinasihatkan tidak membasuhnya serta menyimpannya ke dalam peti ais setelah dibasuh tetapi anda disarankan terus memasukkan telur yang baru sahaj dibeli itu ke dalam peti sejuk. Sekiranya anda telah membasuh telur yang dibeli adalah baik anda terus memasaknya sahaja.

Mengapa?

Kerana pada kulit telur terdapat protective bloom yang dikatakan melindunginya daripada terdedah kepada satu jenis bakteria iaitu salmonella. Sekiranya telur berkenaan telah dibasuh, ini bermakna pori-porinya telah pun terdedah kepada bakteria berkenaan. Cuba anda bayangkan sekiranya bakteria jahat itu telah termasuk ke dalam telur? Sakit perut dan cirit-birit adalah diantara penyebab utama apabila bakteria itu telah berada di dalam telur.


Telur Yang Disimpan Dalam Peti Ais

Apabila menyimpan telur di dalam peti ais, jangka hayat telur dikatakan cuma diantara 2 hingga ke 5 minggu sahaja. Sekiranya terlebih dari jangka masa berkenaan, anda pasti tahu apa yang akan berlaku.

Biasanya pada pek telur tertentu mempunyai tanda tarik luput iaitu baik digunakan sebelum. Jika anda mendapati telur yang dibeli telah melepasi tarikh luput, sebenarnya ia masih lagi boleh digunakan untuk sehari dua, namun anda disarankan hanya menggunakannya untuk merebus atau membuat kek sahaja. Jangan sesekali digunakan untuk dimakan secara rebus setengah masak atau pun digoreng seperti telur dadar.

6 Tips Penyimpanan Telur Berkualiti

A. Telur perlu disimpan di tempat yang redup dan tidak boleh terdedah kepada pancaran matahari atau pun bahang kepanasan dapur. Perubahan suhu semasa akan menyebabkan telur yang disimpan itu akan menjadikan putih telur segera mencair.

B. Anda dinasihatkan meletakkan bahagian telur yang besar di atas bagi memelihara kualitinya.

C. Anda perlu menjauhkan makanan yang amat kuat berbau di dalam peti sejuk kerana telur dipercayai mampu menyerap dengan pantas bau makanan yang kuat baunya. (Sekiranya terpaksa, anda boleh menyimpan makanan yang kuat berbau di dalam bekas yang kedap udara).

D. Telur yang berkualiti dan bermutu tinggi biasanya mengandungi kuning telur dan putih telur yang pekat berserta satu lagi lapisan putih telur yang lain yang mencair.

E. Sekurang-kurangnya anda perlu mengeluarkan telur daripada peti ais setengah jam sebelum ianya digunakan.

F. Sekiranya anda ingin merebus telur, sila gunakan suhu panas yang sederhana.


Pastikan Kesegaran Telur

Biasanya apa yang kita lakukan adalah pecahkan telur dan sekiranya kuning telur masih lagi bulat bermakna telur masih segar. Kalau kuningnya telah cair, bermakna telur itu tidak lagi segar. Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang boleh kita cuba untuk memastikan kesegaran telur yang tiada tertulis tarikh luput.

1Ambil semangkuk air, rendam telur dalam air dan perhatikan.

2. Jika telur tenggelam mendatar dalam mangkuk bermakna telur itu sangat segar.

3. Jika telur dalam kedudukan tegak dan masih menyentuh dasar mangkuk bermakna telur itu tak begitu segar tapi masih boleh dimakan.

4. Jika telur terapung bermakna ia tak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan. Telur yang terapung ini disebabkan ia sudah membentuk gas di dalamnya.


Cara Lain Yang Boleh Dicuba

1. Letakkan telur dekat telinga dan goncang. Jika ada bunyi kocakan bermakna ia sudah lama. Tapi anda masih boleh memakannya.

2. Telur yang segar takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah yang terbaik tidak berbunyi langsung.

Nota: Selepas melakukan ujian ini anda perlu menggoreng telur dan jangan simpan dalam peti ais. Kerana ia sudah terdedah dengan lembapan dan berkemungkinan bakteria salmonella mudah melekat padanya.

3. Pecahkan telur dan letakkan atas pinggan atau mangkuk besar. Periksa keadaan putih dan kuning telur. Jika bentuk telur masih kental bermakna ia masih segar. Jika ia mencair, ia tak lagi segar.

4. Perhatikan putih telur, jika warnanya keruh ia sangat segar. Jika warnanya jernih, bermakna ia dah lama. namun, masih boleh dimakan.

5. Sebolehnya beli telur yang ada tarikh luput. Memudahkan anda untuk mengenalpasti telur masih dalam keadaan baik atau sebaiknya.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.