Header Ads

Gadis 13 Tahun Antara Yang Ditahan Ketika Sedang Berparti Dan Mengambil Dadah


KUALA LUMPUR - Sungguh memalukan apabila seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun adalah diantara 22 orang yang ditahan oleh polis di sebuah pangsapuri di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, pagi Rabu lalu.

Menurut laporan Harian Metro, kesemua mereka dikatakan sedang berparti dan mengambil dadah dan polis turut menemui 40 pil yang dipercayai dadah dalam serbuan tersebut.

Ketika serbuan itu dilakukan pada jam 9 pagi itu polis turut mendapati semua suspek positif dadah.

Melalui siasatan dan pemeriksaan yang dilakukan pihak polis, 22 individu ditahan yang turut membabitkan 16 lelaki dan enam wanita. Sembilan daripada mereka adalah remaja bawah umur dengan yang paling muda remaja perempuan berusia 13 tahun.





Ujian air kencing yang dilakukan mendapati semua yang ditahan positif dadah dan akan didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis juga turut merampas 26 pil eramin serta 14 ekstasi yang ditemui di pangsapuri yang disewa khas untuk mengadakan parti berkenaan.

Menurut polis, kes berkenaan adalah kes parti peribadi pertama yang berjaya diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

No comments

Powered by Blogger.