Header Ads

Gara-Gara Mercun Mata Kanan Remaja Ini Mungkin Buta


KLUANG, JOHOR - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berkemungkinan akan menjadi buta selepas terkena mercun padi yang dibakarnya telah meletup secara tiba-tiba.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam pada Ahad lalu, remaja berkenaan, Faizul Fitri Mamasu, 14, mengalami kecederaan yang serius di mata kanannya dan mungkin akan kehilangan daya penglihatannya.

Kisah remaja pelajar Tingkatan Dua itu telah jadi tular di media sosial sejak malam semalam apabila kejadian yang menimpa dirinya telah dimuat naik ke beberapa laman sosial yang telah menarik perhatian netizen yang turut bersimpati dengan keadaannya itu.

Laporan dari Berita Harian menyatakan, bapa tirinya, Khairul Ahmad Sulaiman, 34, berkata, anak sulungnya itu berada di rumah ibunya di Taman Kluang Baru, bagi menghabiskan cuti persekolahan, katanya ketika dihubungi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, turut mengesahkan tentang kejadian yang telah berlaku kepada remaja itu.

Beliau menambah, mangsa telah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan pakar memandangkan remaja berkenaan cedera di kedua-dua matanya.

Menurut laporan dari bapa tirinya lagi, keadaan Faizul Fitri yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada ketika ini dilaporkan stabil.

Orang ramai terutamanya ibu bapa dinasihatkan agar memantau kegiatan anak-anak mereka di musim perayaan ini agar tidak akan berlaku lagi kejadian seumpama ini.

No comments

Powered by Blogger.