Header Ads

Gerai Bazar Ramadhan Didakwa Jual Daging Kucing Panggang Jadi Bahan Kecaman Netizen


Bazar Ramadhan Guntong Luar, Setiu, Terengganu tiba-tiba menjadi terkenal sekelip mata ekoran tularnya beberapa gambar yang dikatakan kucing dan anjing panggang yang dijual di gerai bazar berkenaan.

Pada pandangan pertama, pasti ramai yang menganggap gambar tersebut adalah anjing atau pun kucing yang dipanggang tetapi sebenarnya tekaan orang ramai adalah salah sama sekali kerana ianya adalah daging arnab yang kelihatan seperti kedua haiwan itu selepas dibakar.

Rata-rata netizen telah mengecam tanpa usul periksa dan beranggapan daging yang dipanggang itu dikhuatiri status halalnya memandangkan ianya kelihatan seperti kucing atau pun anjing.

Gambar-gambar itu jadi tular dan mendapat perhatian netizen sehingga mendapat ribuan perkongsian setelah dimuatnaik ke laman sosial oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya.




Menurut segelintir netizen, seekor arnab setelah dibakar akan kelihatan seperti itu setelah dibuang bulunya. Malah, ada yang turut menasihatkan sesiapa yang tidak boleh memakan daging itu tidak perlu mengecam atau memberikan kata-kata yang menyakitkan pihak lain seperti peniaga daging arnab panggang terbabit. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.