Header Ads

Hilang MyKad Kali Pertama Perlu Bayar RM110, Kali Kedua RM310, Ketiga Dan Seterusnya RM1000 - Jabatan Pendaftaran Negara


Mungkin ramai diantara kita masih tidak mengetahui tentang maklumat bayaran harga serta garis panduan yang betul tentang permohonan menggantikan kad pengenalan iaitu MyKad yang hilang.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memberikan maklumat berkenaan secara terperinci yang harus diikuti oleh semua rakyat Malaysia.

Garis Panduan Permohonan Gantian Mykad Hilang Dan Maklumat Bayaran Harga

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menetapkan kadar bayaran denda yang akan dikenakan kepada individu warganegara Malaysia yang kehilangan Mykad atas kecuaian sendiri. Bayaran bagi kehilangan kes kecuaian sendiri kali pertama adalah pada kadar RM100, manakala kehilangan kali kedua RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya sebanyak RM1,000 yang harus dibayar oleh mereka yang telah kehilangan Mykad secara berulang.


Denda berkenaan belum termasuk dengan bayaran bagi permohonan. Walau bagaimanapun, pengecualian untuk kadar bayaran diberikan kepada orang kurang upaya, fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia yang berusia di bawah 18 tahun.

Ringkasan Garis Panduan 

Permohonan gantian hilang kad pengenalan kali pertama, pemohon boleh terus ke kaunter JPN, manakala bagi permohonan kali kedua dan seterusnya, pemohon hendaklah membuat laporan polis terlebih dahulu mengenai kehilangan Mykad tersebut sebelum membuat permohonan di kaunter JPN yang berhampiran.

Permohonan gantian kehilangan kad pengenalan untuk kali ketiga dan seterusnya akan disiasat terlebih dahulu sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan oleh pihak JPN. Semua permohonan gantian hilang kad pengenalan akan dikeluarkan dengan Dokumen Pengenalan Sementara sebelum kad pengenalan gantian dapat dikeluarkan.

Tukar Kad Pengenalan Secara Online

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

No comments

Powered by Blogger.