Header Ads

Ibu Bapa Kehilangan Anak Mereka Ketika Tsunami 2004, Akhirnya Bersatu Semula Setelah 10 Tahun Berpisah Tanpa Khabar Berita


Pada bulan Disember tahun 2004, tragedi berlakunya tsunami telah membunuh sekurang-kurangnya 200,000 orang di 14 negara dan Acheh, Indonesia adalah antara negara yang paling teruk terkena bencana alam itu.

Memetik laporan laman Newsner, seperti mangsa yang lain, Rangkuti juga telah kehilangan ahli keluarganya dalam kejadian yang menyayat hati itu. Apabila tsunami melanda Acheh, bapanya yang dikenali sebagai Septi Rangkuti, meletakkan tiga anaknya di atas papan kayu yang besar untuk menghalang mereka daripada lemas. Malangnya, dua daripada tiga kanak-kanak telah dihanyutkan ke dalam laut iaitu anaknya yang berusia empat tahun, Arif, dan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun, Raudhatul.

Sebaik sahaja air reda, Septi dan isterinya, Jamaliah menghabiskan masa lebih sebulan untuk mencari kedua anak mereka yang hilang, tetapi hampa dan segalanya usahanya langsung tidak berhasil.

Kerana menyedari peluang untuk bertemu kedua anaknya semula amat tipis, akhirnya mereka telah menerima kenyataan bahawa kedua anaknya telah tiada dan seterusnya memberi tumpuan kepada kehidupan baru serta membina semula ikatan kekeluargaan dengan satu-satunya anak yang masih hidup.

Walau bagaimanapun, 10 tahun kemudian selepas bencana itu, saudara Septi menyaksikan wajah yang biasa dilihat di kampungnya. Didorong oleh rasa ingin tahu, bapa saudaranya bertanya mendapati bahawa gadis itu telah menjadi anak yatim selepas bencana tsunami.

Dia mengatakan bahawa dia telah dihanyutkan kira-kira 80 batu (lebih kurang 128km) dari rumahnya dan akhirnya, dia telah sampai ke sebuah pulau yang terpencil, di mana dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan yang baik hati. Samaria yang baik hati itu telah mengambil gadis terbabit dan membawanya rumahnya. Gadis itu telah dibesarkan oleh ibu nelayan berkenaan sejak 10 tahun yang lalu.

Saudara kepada Septi mengesyaki dan yakin bahawa gadis itu mungkin anak perempuan Septi, lalu beliau segera menghubungi Jamaliah dan menyampaikan berita baik itu.

Tetapi agak sukar untuk mengecam gadis terbabit adalah anak kandung Septi memandangkan gadis itu telah menggunakan nama yang baru serta ingatannya tentang kejadian tsunami pada 10 tahun lalu tidak begitu baik.

Dek kerana tidak berpuas hati dan amat yakin dengan keadaan itu, saudara Septi akhirnya telah mengadakan pertemuan diantara keluarga Samaria dan Septi serta Jamaliah diikuti gadis berkenaan yang dikatakan anak perempuan Septi.

Ketika pertemuan itu berlangsung dan untuk pertama kalinya Jamaliah dan Septi memandang gadis comel berkenaan, mereka merasa amat yakin gadis yang berhadapan dengan mereka adalah anak gadis mereka yang telah hilang ditelan tsunami pada 10 tahun yang lalu.



Akhirnya keluarga mereka telah bersatu semula dan kejadian ini amat mengejutkan seperti ada satu keajaiban di mana mereka dapat bertemu semula setelah berpisah kerana bencana tsunami yang menimpa. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.