Header Ads

Ibu Pejabat Google Di London Bernilai RM5.5 Bilion Dengan Dilengkapi Berbagai Kemudahan

Google adalah syarikat besar yang amat terkenal di dunia dan telah ditubuhkan oleh dua pelajar PhD iaitu Larry Page dan Sergey Brin dari Universiti Stanford, California pada Januari 1996.


Berita terkini, Google telah membentangkan cadangan yang terakhirnya bagi pembinaan ibu pejabatnya yang bernilai £1 bilion (RM5.5 bilion) di United Kingdom dengan dilengkapi berbagai kemudahan seperti ruang bersukan, pod tidur, dan taman di bumbung yang turut mempunyai trek larian sepanjang 200 meter untuk kemudahan 7,000 kakitangannya nanti.

Reka bentuk ini mempunyai ruang untuk pejalan kaki di atas bumbung untuk 7000 kakitangan Google
Pejabat baru ini seperti taman permainan terbesar di mana mempunyai kolam renang untuk kakitangannya.
Auditorium juga terdapat di sini khas untuk kakitangan Google.
The 'groundscraper'
Kompleks ibu pejabat yang mempunyai keluasan 870,000 kaki persegi, syarikat gergasi teknologi itu akan dibina bersebelahan Stesen King Cross di London, yang pereka menganggap bakal menjadi tempat kerja paling terbaik di dunia. Pembinaan tersebut dijangka akan bermula pada tahun 2018 nanti.

Menurut Daily Mail, selain padang permainan gergasi, ibu pejabat itu juga dilengkapi kolam renang bersaiz separuh Olimpik, pusat riadah dan bersukan, termasuk gimnasium dan sukan dalam dewan seperti bola keranjang dan bola sepak.

Taman di bumbung sepanjang 300 meter akan mempunyai padang dan kafe menyediakan minuman serta makanan percuma kepada kakitangan yang bersantai.

Bahagian pejabat di dalam bangunan mempunyai ‘kawasan berhenti seketika’ di kelilingi tumbuhan dan ‘dinding hidup’ yang menghijau serta pod tidur jika pekerja perlu tidur sekejap atau bermalam di pejabat.

Bangunan itu dikatakan beratus-ratus meter panjang dan perekanya turut berpendapat pejabat ini akan menjadi tempat berkerja yang terbaik di dunia.

Atas bumbung juga terdapat berbagai jenis rumput dan tumbuhan serta dilengkapi kafe yang menyediakan makanan dan minuman percuma untuk kakitangannya dan juga pelawat
Dewan untuk aktiviti sukan seperti bola keranjang, badminton dan bola sepak juga disediakan.


Google sudah menyerahkan pelan bangunan itu kepada Majlis Camden untuk kelulusan.

Google yang mempunyai 4,000 pekerja di UK dan merancang mengambil lagi 3,000 orang, sudah menyerahkan tender pembinaan banguna pertama setinggi 11 tingkat dengan jumlah ruang lantai bersamaan 10 padang bola.

Ia akan membina dua lagi bangunan bersebelahan King Cross Estate bagi menempatkan 7,000 pekerja itu dalam tiga bangunan.

Kompleks ibu pejabat itu direka bentuk Heatherwick Studio dan Bjarke Ingels Group.

Masa untuk berehat, kakitangan Google memeriksa telefon mereka dan membaca buku di dalam bilik yang dihiasi cantik seolah berada di sebuah pub di London



Mewah: kakitangan Google menikmati makanan dan minuman percuma dan kantin mereka bertukar menjadi sebuah bar percuma pada hari Jumaat untuk mulakan hujung minggu.

Ibu pejabat sekarang, bangunan ini adalah salah satu daripada pejabat Google yang terdapat di tengah London


Google merancang kompleks itu siap pada 2018 namun pada 2015, pengasas bersama syarikat itu, Larry Page, mengarahkan pasukan Google UK mengemukakan reka bentuk dan konsep baru. - Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.