Header Ads

Janda Dirompak Dan Dirogol Dua Kali Dengan Tangan Bergari Dalam Kereta

KOTA BHARU - Kerana terlalu percayakan orang, seorang janda anak satu yang berusia 33 tahun ditimpa malang apabila bertemu dengan seorang lelaki yang menyebabkan dirinya menderita.


Kisah sedih itu bermula apabila lelaki terbabit memberitahu wanita berkenaan bahawa dia ingin membawa wanita tersebut berjalan-jalan di sekitar Besut, Terengganu. Kemudiannya, seperti yang dijanjikan lelaki itu datang ke rumah wanita itu di Tanah Merah dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara.

Ketika sampai ke kawasan tempat letak kereta Bazar Tengku Anis, lelaki terbabit telah mematikan enjin kereta dan menyerang wanita berkenaan. Mangsa dikatakan telah mencuba untuk menyelamatkan diri dan ingin keluar dari kereta namun kereta itu telah dikunci dari dalam.

Bazar Tengku Anis Kota Bharu -  Kelantan Tourism
Mangsa juga cuba membunyikan hon kereta serta menjerit meminta pertolongan, tetapi belum pun sempat wanita itu bertindak lelaki itu dengan segera menggari tangan mangsa serta turut mengugut akan menembak mangsa.

Akhirnya, mangsa telah dirogol dalam kereta pada jam 7.40 malam sebelum dibawa ke Badang. Lelaki itu dikatakan telah menggari mangsa serta menutup mulutnya menggunakan pita pelekat dan turut merogol mangsa untuk kali kedua.

Lebih menyedihkan, setelah dirogol dua kali, lelaki terbabit turut merampas dua bentuk cincin, wang tunai RM50, gelang tangan dan juga telefon bimbit milik mangsa.

Kini mangsa tragedi hitam ini telah pun mendapatkan keadilan apabila lelaki kejam itu telah dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan dikenakan terhadapnya di atas perbuatannya itu.


Lelaki itu dikenali sebagai Faizal Hussin, berusia 22 tahun dan berkerja sebagai seorang buruh telah didakwa untuk dua pertuduhan iaitu merogol mangsa dan juga telah mengugut membunuh mangsa. Beliau didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara tidak daripada 10 tahun sehingga 30 tahun dan juga sebatan jika disabitkan dengan kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga yang didakwa telah merompak mangsa yang sama, lelaki terbabit didakwa mengikut Sekyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 14 tahun serta dikenakan denda dan sebat sekiranya disabitkan kesalahan, lapor Harian Metro.

No comments

Powered by Blogger.