Header Ads

Jodoh Aku Pasti Datang, Kalau Bukan Dengan Kau, Dengan Maut. Mana Datang Dulu Aku Sambut - Status Terakhir Sebelum Maut


KEMAMAN - Seorang remaja lelaki yang maut selepas motosikal yang dinaikinya melanggar sebuah treler yang membawa muatan bauksit seolah-olah tahu akan ajalnya hampir tiba setelah beliau memuat naik status di laman Instagram miliknya bahawa Ramadhan kali ini adalah yang terakhir baginya.

Remaja terbabit, Mohamad Adam Isma Hassan, 18, telah memuat naik status berkenaan beberapa hari lalu sebelum didapati meninggal dunia dengan kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8.20 malam semalam di Kilometer 8, Jalan Kijal-Ibok berhampiran Kampung Bukit Anak Dara, Kijal, Kemaman.

Kemalangan maut itu berlaku sewaktu mangsa yang berasal dari Kampung Perdah, Jong Berlabuh, Kijal, dikatakan dalam perjalanan ke bandar Chukai dari rumahnya untuk menemui rakan baiknya itu setelah selesai berbuka puasa di rumah kakaknya yang berhampiran dengan lokasi kemalangan.


Walau bagaimanapun, hasratnya tidak kesampaian apabila melalui lokasi kejadian, Mohamad Adam dikatakan telah terlanggar belakang treler yang sarat dengan muatan bauksit yang tersadai di atas jalan dipercayai mengalami kerosakan.

Akibat rempuah tersebut, mangsa dikatakan tercampak sejauh 5 meter ke atas jalan raya lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada badan dan juga kepala.

Keadaan jalan pada ketika itu di kawasan kejadian dipercayai gelap yang menjadi punca tidak menyedari treler terbabit di situ.

Selain entri Ramadan terakhir, Mohamad Adam turut memuatnaik beberapa lagi entri yang berkaitan dengan kematian dalam akaun laman sosial Facebook miliknya di mana status-status berkenaan amat menghairankan semua rakannya.



Status yang dimuatnaik oleh Mohamad Adam berbunyi, "Jodoh aku pasti datang, kalau bukan dengan kau, dengan maut. Mana datang dulu, aku sambut". - Koleksi Viral

Sumber: Sinar Online

No comments

Powered by Blogger.