Header Ads

Jubah Lentik Ala Ikan Duyung Digayakan Seorang Lelaki Jadi Tular Dikecam Hebat Oleh Netizen


Bila tiba hari raya, bermacam style dan rekaan baju raya yang digayakan oleh orang ramai bagi memeriahkan suasana perayaan yang diadakan setahun sekali ini. Malah, segelintir netizen turut berkongsi rekaan dan pakaian mereka di media sosial sama ada untuk menjual atau berkongsi kegembiraan mereka.

Pada Hari Raya tahun ini, ramai orang kita yang memilih pakaian dengan rekaan yang labuh dengan potongan kembang di bahagian bawah bagi menampakkan susuk tubuh seseorang itu yang menggayakan rekaan berkenaan yang dikatakan kelihatan seperti ikan duyung yang cantik menawan.

Namun, bagaimana sekiranya kaum lelaki yang menggayakan rekaan berkenaan? Pasti lelaki tersebut dikecam hebat kerana pakaian berkenaan dikatakan tidak sesuai digayakan oleh kaum lelaki.


Melalui laporan MStar Online, 'dress' tersebut adalah sejenis jubah untuk lelaki yang telah digayakan oleh seorang lelaki ketika menyambut 1 Syawal baru-baru ini.

Beberapa gambar yang memaparkan si pemakai yang menggayakan jubah berkenaan di tengah jalan jadi tular dan turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata diantara mereka mengecam si pemakai jubah lelaki berkenaan.

Turut digayakan jubah potongan ala ikan duyung itu oleh seorang lelaki yang menggunakan warna kuning turut mendapat respon dari netizen yang menyifatkan amat memalukan dan geli kerana potongan sebegitu hanya untuk wanita.

No comments

Powered by Blogger.