Header Ads

Kanak-Kanak Lelaki Dijumpai Rentung Semasa Kebakaran Di Pondok Pengawal

LANGKAWI - Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lapan tahun dijumpai rentung manakala bapanya hanya mengalami kecederaan dalam kebakaran yang berlaku di sebuah pondok pengawal di tapak pelupusan sampah di Kilim, di sini pagi ini.

Gambar Hiasan.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa dipercayai telah terperangkap dalam kebakaran pondok berkenaan dan bapanya, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di tapak terbabit, didapati berjaya menyelamatkan diri dengan mengalami kecederaan di kepalanya.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, melalui kenyataannya di aplikasi Whatsapp berkata, seramai 16 anggota bomba yang bertugas dari Balai Bomba Langkawi tiba di lokasi kejadian pada jam 3.21 pagi dan akhirnya berjaya mengawal keadaan kebakaran selepas 12 minit kemudian.

Berikutnya tiga gambar yang menunjukkan ketika kebakaran itu berlaku yang telah dimuatnaik ke media sosial oleh seorang pengguna Facebook.




Menurut jabatan itu,identiti mayat mangsa, yang masih belum dikenal pasti itu, telah diserahkan kepada polis untuk tindakan dan siasatn lanjuta.

Bapa mangsa yang hanya mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Langkawi untuk mendapatkan rawatan dan punca kebakaran itu juga masih dalam siasatan polis. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.