Header Ads

Kepada Suamiku, Terima Kasih Kerana Perbodohkan Dan Pergunakan Isterimu Selama 3 Tahun Ini, Kau Ajarkan Aku Mengenali Manusia

Kisah seorang isteri yang telah ditipu suaminya hidup-hidup dengan mempunyai perempuan lain setelah segala kemewahan hidup diberikan isteri kepada suaminya atas dasar kasih dan sayang, tetapi dibalas racun yang amat menyedihkan sehingga memaksa si isteri melupakan rumah tangga yang telah lama di bina atas nama cinta yang dimusnahkan dengan kehadiran orang ketiga yang tidak bertanggungjawab.


Oleh: Penulis KRT

Hari ini saya nak share untuk wanita di luar sana. Jadi wanita harus kuat. Jangan terus diperbodohkan. Sudah 3 tahun saya berkahwin. Dikurniakan 2 orang anak. Sepanjang 3 tahun itu suami curang terhadap saya. Pergunakan saya. Perbodohkan saya.

Untuk suami, terima kasih. Kau ajar aku mengenal manusia. Kau ajar aku yang mana benar yang mana dusta. Kata-kata kau kahwin aku cuma satu dusta. Mulut kau penuh dosa. Begitu jugak seluruh anggota badanmu. Untuk jari yang telah kau patahkan. Untuk hati yang telah kau remukkan. Untuk harta dan duit yang telah kau curi. Untuk segala sakit yg kau berikan. Untuk segala caci dan maki. Tidak pernah dapat ku maafkan. Biar Allah SWT lebih mengetahuinya.

Untuk Zaza perosak rumah tangga. Jadilah perempuan bermaruah. Waktu dulu ya suami aku tipu kau cakap dia bujang. Tapi sekarang hakikatnya bila kau dah tau kau yang terhegeh-hegeh cari suami aku. Kau terhegeh-hegeh gadai maruah. Sebab sayang? Kenapa dia ajak kau kahwin kau tak nak? Sebab kau pun cuma minta duitkan? Aku bagi pun dia kahwin dengan kau tak pernah aku halang. Dari terus bermaksiat. Tapi lepaskan aku cara baik. Sebab aku tak nak bermadu wanita taraf seperti kau.




Untuk keluarga yang bersubahat. Saya doakan anak perempuan kalian mendapat suami yang baik-baik. Tidak seperti anak lelaki kalian. Keluarga saya menerima dia tanpa sebarang hantaran. Ikhlas berharap anak diberi sepenuh kasih sayang. Tanpa apa yg diberikan? Kecurangan. Keseorangan. Penipuan. Patah mematah.

Saya sudah letih bersuamikan penipu. Dah tak terdaya nak memperbetulkan keadaan kerana jika benar harus ada usaha dari dua pihak. Tapi bila ada syaitan mengoda (perempuan tak tau malu) memang ke laut la jawabnya. Lebih baik hidup sendiri dari bertemankan air mata. Bersuami tapi sering sendirian.

Ketika saya kahwin suami saya tiada apa. Tapi saya bantu dia. Untuk bangkit bersama-sama. Saya bagi kenderaan memudahkan dia pergi kerja. Di saat dia memerlukan duit saya bagi. Tapi hakikatnya dia buat saya seperti bank. Dengan alasan nak duit minyak duit makan. Rupa-rupanya main betina. Betina pun cuma minta duit. Ya betul suami cakap pada mula kau perempuan bayaran. Sekarang terbukti. Kau minta duit kau bagi badan. I am pity a bitch like you. Menagih kasih perosak rumah tangga orang.

Untuk pengetahuan duit gaji suami sering habis dengan alasan bagi keluarga (keluarga suami susah). Saya tak pernah marah. Tapi yang membuatkan saya kecewa selepas apa yang saya korbankan tapi yang saya dapat cuma penipuan. Layanan seperti hamba.




Doakan semoga jalan saya lebih sempurna bersama anak-anak. Saya tak nak hidup dalam kemaksiatan suami dan perempuan tak tahu malu. Saya bagi suami kahwin cuma saya tak nak bermadu. Saya minta diceraikan secara baik. Setiap kali itu cakap dia kahwin cuma satu? Tapi layan isteri seperti hamba. Saya memang dah tak ada hati buat suami. Cuma pertahankan untuk anak-anak. Tapi hari demi hari saya rasa tiada guna. Dia bukan ada masa untuk anak-anak. Saya lebih selesa untuk hidup sendiri.

Untuk wanita yang dianiaya. Jangan terus biarkan diri anda dianiaya oleh suami. Kalau sayang tiada curang. Kalau nak berubah sudah lama. 3 tahun saya dianiaya. Sudah cukuplah. Saya letih. Saya juga mahu hidup gembira.

No comments

Powered by Blogger.