Header Ads

Kerana Pelanduk Dua Serupa Seorang Lelaki Dipenjarakan Selama 17 Tahun Walaupun Tidak Bersalah


KANSAS - Seorang lelaki terpaksa menghabiskan masa selama 17 tahun di dalam penjara di atas jenayah yang tidak dilakukannya, akhirnya telah dibebaskan setelah polis menemui pesalah yang sebenar dipercayai menyerupai lelaki berkenaan.

Lelaki terbabit Richard Anthony Jones dari Kansas City, Kansas, telah dibebaskan pada Khamis lalu selepas hakim mendapati tiada bukti kukuh untuk mensabitkannya dengan kesalahan tersebut.

Jones telah dipenjarakan di atas sebab kes rompakan bersenjata pada tahun 1999 berdasarkan pengesahan seorang saksi. Walau bagaimanapun, hakim telah mendapati tiada bukti fizikal, DNA atau cap jari yang boleh mengaitkan Jones dengan jenayah berkenaan.


Ketika saksi kes berkenaan dipanggil bagi membuat pengecaman, mereka dikatakan tidak dapat membezakan antara Jones dan seorang lagi suspek yang menyerupai mukanya iaitu penjenayah sebenar kes berkenaan, Ricky.

Tambahan pula, Jones didapati tinggal di kawasan lain di Kansas yang agak jauh, sementara Ricky pula tinggal di kawasan yang sama seperti tempat kejadian.

“Saya tidak percayakan tuah, saya yakin saya dirahmati,” Jones memberitahu Kansas City Star.

Jones telah membuat rayuan terhadap hukuman 19 tahun penjara yang telah dijatuhkan ke atasnya sebelum dia mendapat tahu khabar angin seorang lelaki di penjara dengan rupa dan nama yang sama dengannya.

Setelah sedar akan peluang berkenaan bagi membebaskan dirinya dari terus dipenjarakan, Jones telah menghubungi Projek Midwest Innocent, sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan sah terhadap tahanan penjara yang tidak bersalah, bagi membantunya dalam kes itu.

“Kami sangat terkejut melihat rupa mereka yang sama,” kata peguam yang bertugas bagi kes Jones.

Semasa perbicaraan terbaharu, Jones menyatakan semula keterangannya bahawa dia berada bersama teman wanita dan keluarganya pada waktu mangsa melaporkan dia telah dirompak di taman.

Pelanduk dua serupanya, ‘Ricky’ juga menafikan tuduhan tersebut.

Mangsa-mangsa rompakan tidak lagi dapat mengecam siapa yang melakukan jenayah tersebut.

Peguam Jones turut menyoalkan tentang bilangan lelaki yang dipilih oleh polis kepada mangsa 17 tahun yang lalu sangat menghukum kerana dia adalah satu-satunya yang mempunyai imej suspek seperti yang diperkatakan.

Kini, Jones boleh menarik nafas lega apabila akhirnya telah dapat pulang semula ke pangkuan anak-anakny yang disayangi.



“Apabila memikirkan anak saya, ia adalah sesuatu yang sukar, tetapi mereka memahami apa yang berlaku,” katanya.

Dia memberitahu Kansas City Star bahawa dia memahami mengapa mangsa-mangsa tersebut membuat kesilapan yang besar selepas melihat ‘Ricky’.

“Setiap orang mempunyai pelanduk dua serupa.

“Kami bernasib baik telah menjumpainya," kata peguam kes tersebut. - MStar/MAIL ONLINE

No comments

Powered by Blogger.