Header Ads

Kerana Rakan Mengandung Sanggupnya Dia Dengki Dan Mendoakan Benda Yang Tak Baik, Inilah Yang Dikatakan Kawan Tak Guna - Netizen


Memalukan, itulah yang diucapkan oleh seorang netizen setelah membaca satu perkongsian milik seorang wanita yang bakal menimang cahaya mata pertamanya apabila berkongsi tentang seorang rakan lamanya yang menghantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp dengan mendoakan beliau supaya anak yang dikandungnya gugur, mati dan sebagainya.

Wanita berkenaan Fatimah M. Yasin, yang mengaku kandungannya baru memasuki 5 minggu setelah menunggu sekian lama semenjak 3 tahun lalu untuk memiliki zuriat telah dikejutkan dengan mesej rakan lamanya itu yang mengandungi kata-kata penghinaan pada jam 2.20 pagi dan dimuat naik ke laman sosial pada Sabtu lalu.

Fatimah juga memaklumkan rakannya itu telah pun disekat hampir kesemua media sosial iaitu Facebook, Instagram dan juga Wechat setelah menyedari rakannya itu tidak menyenangi akan berita kehamilannya setelah beliau berkongsi kegembiraannya itu di laman sosial.

Rakan lamanya itu dikenali sebagai Ima dianggap amat melampau oleh Fatimah setelah menghantar mesej dengan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang kawan terhadap kawannya yang lain.

Menerusi perbualan yang dikongsi oleh Fatimah, jelas Ima sememangnya tidak menyenangi akan perkongsian Fatimah malah turut berpesan agar tidak lagi memuat naik apa saja tips kehamilan di laman Facebook kerana dia amat geli membaca perkongsian Fatimah itu.

Perbualan antara Ima dan Fatimah itu telah jadi tular di media sosial dan telah menerima lebih daripada 10 ribu perkongsian. Rata-rata netizen telah mengecam kata-kata Ima malah ada diantara mereka turut memaki dan mencaci mesej Ima yang ditujukan kepada Fatimah.

Berikutnya adalah perbualan penuh antara Fatimah dan Ima yang disifatkan amat menyakitkan hati oleh netizen. - Koleksi Viral







No comments

Powered by Blogger.