Header Ads

Kereta Terperosok Bawah Treler, Dua Anggota Polis Wanita Tidak Cedera


Taiping - Sukar untuk dipercayai apabila melihat keadaan kemalangan yang berlaku di Kilometer 200.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, dua anggota polis wanita dipercayai selamat setelah kereta yang merekai naiki telah terperosok ke bawah sebuah treler yang terbabas, semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 itu, kemalangan itu berpunca daripada treler yang membawa muatan buah kelapa sawit setelah dipercayai salah satu tayarnya didapati pecah yang menyebabkan pemandunya hilang kawalan.

Treler yang dipandu oleh lelaki yang berusia 54 tahun itu berada di lorong kiri, dikatakan gagal dikawal yang menyebabkan kereta yang dinaiki oleh dua anggota polis terbabit dihimpit yang ketika itu sedang berada di lorong kanan jalan.





Walau bagaimanapun, kedua-dua anggota polis berkenaan yang dipercayai berpangkat inspektor dan koperal itu dilaporkan telah berjaya keluar dari kenderaan mereka dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.

Menurut laporan itu lagi, ketika anggota bomba yang bertugas sampai ke lokasi kemalangan itu, kedua-dua mangsa didapati sedang berusaha untuk keluar dengan sendiri daripada kereta jenis Toyota Vios itu dan pemandu treler juga dilaporkan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.