Header Ads

Kesakitan Awal Ashaari Telah Hilang Selepas Batu Dalam Hempedu Dibuang


Pengacara dan pelakon terkenal Awal Ashaari dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan bagi membuangkan batu dalam hempedu di sebuah pusat perubatan swasta di sini awal pagi Isnin.

Memetik laporan Harian Metro, Scha Al-Yahya, isteri kepada Awal, menyatakan syukur kerana pembedahan yang dijalani suaminya itu telah berjalan dengan lancar.

Menurut Scha, Awal memberitahu, dia mengetahui tentang adanya batu dalam hempedu setelah merasa sakit sebelum ini dan mengambil keputusan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan doktor telah menasihati Awal supaya membuat pembedahan itu ketika bulan Ramadhan agar Awal dapat berehat.

Pengacara lelaki popular itu telah dimasukkan ke wad kira-kira jam 8.30 pagi dan telah mengambil masa selama tiga jam bagi menjalani pembedahan pembuangan batu dalam hempedu itu yang selesai pada jam 11.30 pagi, katanya.

Menurut Scha lagi, dia menemani suaminya sepanjang rawatan tersebut dilakukan dan turut menambah dia terpaksa menunda pengambaraan drama arahan Dira Abu Zahar ekoran ingin menjaga suaminya itu. Walau bagaimanapun, dia bernasib baik kerana pihak produksi memahami akan masalahnya dan telah diberikan cuti sehingga suaminya pulang ke rumah, jelasnya.

A post shared by Scha Alyahya (@schaalyahya) on

Awal Ashaari telah dinasihatkan doktor supaya berehat selama lebih seminggu sebelum berkerja semula iaitu mengacarakan program Melodi seperti biasa. Selain memastikan Awal mendapatkan rehat yang cukup, dia perlu menjaga makan minum suaminya itu agar cepat sihat seperti sediakala, katanya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.