Header Ads

Ketika Berada Di Kaunter Pembayaran Beg Tangan Ibu Saya Ditoreh Tanpa sedar, Berhati-Hatilah Semua


Seorang pengguna akaun media sosial Facebook telah berkongsi tentang kejadian yang telah menimpa ibunya yang didakwa telah ditoreh dengan benda tajam pada beg tangannya oleh seorang penjenayah. Ridzuan Radzi turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan keadaan semasa lebih-lebih di bulan ramadhan ketika membeli belah untuk persiapan hari raya.

Beg Ibu Ditoreh

Mohon anda semua mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa. Kes samun ini melibatkan ibu saya pada petang semalam ketika di pasar raya Ong Tai Kim, Gombak.

Ibu saya didatangi oleh seorang warga asing yang berpakaian selubung tutup seluruh badan. Dia dihimpit dengan rapat dan terasa seperti ada sesuatu benda tajam (pisau Rambo) diacu ke badannya.

Kerana panik dengan keadaan itu, ibu saya cuma dapat mendiamkan diri kerana takut penjenayah bertindak lebih agresif di luar kawalan. Tahu-tahu beg tangannya telah ditoreh dalam beberapa saat sahaja dan duitnya telah diambil oleh penjenayah berkenaan. Yang geramnya, kejadian ini berlaku di kaunter bayaran.

Keadaan di pasar raya itu agak sesak petang semalam kerana ramai yang berbelanja untuk persiapan menyambut ramadhan. Dalam kesempatan itulah penjenayah tersebut mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti menyamun mangsanya.

Dan rupa-rupanya, petugas di kaunter bayaran sebenarnya ada memaklumkan kepada pelanggan untuk elakkan menjawab sebarang panggilan ketika pelanggan berada di kaunter. Ini kerana kes ragut pernah berlaku sewaktu pelanggan mengeluarkan telefon bimbit untuk menjawab panggilan ketika berada di kaunter pembayaran.

Penjenayah sekarang dah berani betul buat jenayah di kawasan tumpuan orang ramai. Jadi, berhati-hatilah semua dan sampaikan perkara ini kepada keluarga dan kenalan anda agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi terhadap anda, keluarga atau pun kenalan anda semua.

No comments

Powered by Blogger.