Header Ads

Keunikan Teh Bunga Lebah Bazar Ramadhan Stadium Darul Aman Tarik Perhatian Netizen


ALOR SETAR, KEDAH - Setiap tahun apabila bulan ramadhan tiba, adalah menjadi satu kemestian orang ramai membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadhan dengan berbagai jenis juadah makanan dan minuman boleh di dapati.

Di Stadium Darul Aman, Teh Bunga Lebah yang dikatakan saban tahun di lokasi bazar yang sama dijual. Keunikan teh bunga ini telah menarik perhatian netizen dan jadi tular semenjak semalam apabila seorang pengguna Facebook Ridzuan Rahman telah memuat naik rakaman video dan beberapa gambar yang memaparkan suasana gerai jualan teh bunga berkenaan yang amat menarik itu.


Menurut Ridzuan, setiap tahun mereka menjual teh bunga dan lebah-lebah yang berada di gerai berkenaan dikatakan bukan sengaja dibawa ke gerai terbabit tetapi lebah itu datang dengan sendirinya tanpa diundang, malah ada beberapa gerai lain yang turut menjual teh bunga yang sama tetapi lebah-lebah berkenaan lebih berminat untuk berkeliaran di gerai tersebut.

Setiap tahun juga, orang ramai pasti akan beratur panjang untuk merasai keenakan teh bunga yang dijual. Menurut Ridzuan lagi, ada yang mengatakan air teh bunga itu sangat sedap dan tidak kurang juga yang berpendapat hanya biasa-biasa sahaja.

Rata-rata netizen yang mengaku telah pergi ke gerai berkenaan berkata, orang ramai yang sudah biasa membeli air teh bunga itu langsung tidak mempunyai rasa takut sekiranya disengat lebah yang berada di gerai terbabit kerana lebah-lebah berkenaan tidak menganggu orang ramai, katanya.




Sehingga kini perkongsian oleh Ridzuan telah jadi tular dan mendapat ribuan perkongsian dari netizen yang menyifatkan teh bunga yang dijual pemilik gerai itu adalah lain dari yang lain serta semua yang berlaku adalah rezeki dan juga kehendak-Nya yang Maha Kuasa. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.