Header Ads

Lelaki Dibelasah 10 Orang Lelaki Kerana Cuba Cabul Wanita Vietnam, Adik Ipar Mangsa Tampil Perjelaskan Abang Iparnya Difitnah

PULAU PINANG - Seorang lelaki pemandu Uber menerima padah apabila telah dibelasah oleh lebih daripada 10 orang lelaki setelah lelaki terbabit didakwa mencuba untuk mencabul seorang wanita warga Vietnam yang dipercayai penumpang, lapor Utusan Malaysia.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 3.30 petang semalam, pemandu terbabit dikatakan telah bertindak dengan membuka seluarnya serta menarik tangan mangsa agar memegang kemaluannya sewaktu membawa mangsa dari Lontang Paya ke Agryll Road.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, ekoran kejadian itu, suspek dipukul oleh 10 lelaki termasuk suami mangsa berdekatan sebuah restoran di Lintang Paya Terubong menyebabkan dia cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri.

"Kenderaan suspek turut dirosakkan dalam kejadian itu dan dia dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan lanjut".

Menurut Anuar lagi, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kes itu dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Berikutnya adalah perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dipercayai adik ipar lelaki yang telah dibelasah oleh 10 orang lelaki.

Oleh: Amyrul Shazafry

Pada 7/6/2017, jam kira-kira 3 petang, lokasi di Paya Terubong, Pulau Pinang.

Lelaki ini ialah abgan ipar aku sendiri, namanya Sukri Ramli, kerjanya ialah sebagai pemandu Uber separuh masa. Semalam 6/6/2017, dia dapat seorang pelanggan warga Vietnam yang menyuruh mengambilnya dit Paya Terubong, Pulau Pinang. Selepas selesai semua kerja seperti biasa. Dia seperti biasa pergi ke tempat kerja, balik dan sambung kerja.

Dan keesokkannya iaitu hari ini 7/7/2017, semasa melakukan kerja sebagai pemandu Uber. Beliau menerima satu panggilan dari perempuan Vietnam tersebut untuk mengambilnya di tempat yang sama iaitu Paya Terubong. Kerjanya sebagai pemandu Uber, Sukri pergi bagi melakukan kerjanya seperti biasa dan mengambil penumpang itu iaitu wanita Vietnam berkenaan.

Tiba-tiba, kereta yang dipandu beliau ditahan oleh sekumpulan lelaki berbangsa Cina, seramai lebih kurang 20 orang dan 2 orang yang bersenjatakan kayu besbol, Sukri menjadi bingung memikirkan apakah kesalahannya. Beliau turun dari kereta untuk bertanya, namun belum pun bertanya, beliau terus dihentam beramai-ramai dan 2 orang dari lelaki Cina tersebut memukulnya dengan kayu besbol diikuti orang awam yang turut sama memukulnya. Memang agak teruk Sukri dipukul dan akhirnya dia bertanya kepada kumpulan berkenaan apakah salahnya sehingga dibelasah sedemikian rupa.

Lelaki Cina tersebut telah memberitahu Sukri bahawa dia telah melakukan GANGGUAN SEKSUAL kepada perempuan Vietnam tersebut. Sukri bertanya bilakah masanya dia melakukan perbuatan itu terhadap wanita terbabit. Wanita Vietnam itu berkata dia mempunyai bukti iaitu rakaman video. Setelah teruk dibelasah dan dihentam serta ditanya dimanakah bukti rakaman video berkenaan, akhirnya wanita itu menjelaskan tiada rakaman seperti yang dikatakan.

Setelah itu, seorang lelaki Melayu yang baik hati dan beliau adalah seorang anggota polis datang membantu Sukri. Kepada netizen yang menularkan berita ini dengan Sukri tanpa usul periksa, anda diminta datang berjumpa saya jika ingin tahu carita sebenar.

Sukri dipukul ramai-ramai dengan bersenjata dan kereta juga telah dipecahkan oleh sekumpulan lelaki Cina ini. Siapa yang akan bertanggungjawab dan membayar semua kerugian ini? Aku merasa sangat marah dan kesal dengan wanita Vietnam berkenaan kerana dia telah memfitnah sehingga menjadi kejadian seperti ini.

Aku tak maafkan dan semoga kes ini mendapat keadilan mahkamah dunia dan Allah S.W.T. Saya abaikan semua mulut-mulut orang yang berkata buruk kepada beliau. Insya allah kebenaran akan ada di pihak yang benar.


Saya menyeru kepada semua warga Facebook untuk viralkan kes ini untuk membersihkan nama beliau yang telah tercalar dan tiada bukti pun yang mengatakan dia melakukan gangguan seksual tersebut. Sekiranya perkara seperti ini terjadi kepada salah seorang keluarga anda, apakah perasaan anda?

Sekiranya masih ada yang belum memahami apa yang saya sampaikan, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Terima kasih. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.