Header Ads

Lelaki Yang Didakwa Terbabit Kes Samun Dan Rogol Di Pusat Judi Bandar Kinrara Mengaku Tidak Bersalah


PETALING JAYA - Susulan kes samun dan rompak juruwang yang berlaku di Bandar Kinrara bulan lalu yang jadi tular di media sosial berikutan tersebarnya satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki dihadapkan Mahkamah Sesyen hari ini di atas tiga pertuduhan iaitu merogol, merompak berkumpulan dan melakukan seks luar tabii terhadap dua orang pekerja kafe siber, lapor Utusan Online.

Tertuduh berkenaan B. Sugidran, 26, walau bagaimanapun telah mengaku tidak bersalah setelah kesemua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya atasnya di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Tertuduh didakwa merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita iaitu juruwang yang dikatakan seorang warga Indonesia berusia 33 tahun di No. B-17-0, Kinrara Niaga, Jalan BK 5A/2D, Puchong dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi, 11 Mei lalu/

Lelaki yang berkerja sebagai peniaga besi buruk itu tersebut turut didakwa bersama-sama seorang lagi rakannya yang telah meninggal dunia, melakukan rompakan berkumpulan terhadap rakan sekerja mangsa yang merupakan lelaki warga Bangladesh yang membabitkan kerugian berjumlah RM400.

Untuk kesalahan rogol dan seks luar tabii, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 376 dan 377C Kanun Keseksaan yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Baca: Suspek Kes Samun Bandar Kinrara Meninggal Dunia

Manakala, bagi kesalahan rompak pula, dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun termasuk denda.

Di Mahkamah Majistret pula, Sugidran turut mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir atas pertuduhan mencabul kehormatan wanita Indonesia itu pada tarikh, masa dan tempat sama.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi keempat-empat pertuduhan dan menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan kesemua kes.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut. - Utusan Online

Baca: Mangsa Seorang Warga Indonesia Tampil Buat Laporan Polis

No comments

Powered by Blogger.