Header Ads

Lima Remaja Cina Mendapat Pujian Dan Tarik Perhatian Netizen Sewaktu Berbuka Puasa Bersama Di Restoran


Lima orang pemuda Cina mendapat pujian netizen kerana dikatakan sanggup menunggu sehingga waktu berbuka puasa untuk menikmati hidangan mereka itu di sebuah restoran bagi menghormati umat Islam yang menjalani ibadah di bulan Ramadan.

Insiden yang telah menarik perhatian netizen itu dipercayai berlaku di Ayer Keroh, Melaka serta telah dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Mas Intan pada Ahad lalu.

Melalui status yang dikongsi Mas Intan menunjuk 5 orang remaja lelaki yang dipercayai berbangsa Cina sedang menunggu waktu umat Islam berbuka puasa barulah mereka menjamah makanan mereka bersama-sama selepas azan berkumandang.

Berikutnya adalah status yang dikongsikan oleh Mas Intan;


Ada apa pada gambar ni? Sis beri pujian pada 5 remaja lelaki berbangsa Cina tersebut. Sama-sama beratur di hadapan Sis waktu order makanan. Setelah dapat makanan, mereka tak sentuh langsung makanan tersebut. Sehinggalah azan berkumandang.

Mereka berpusing-pusing perhatikan sekeliling nak pastikan sama ada sudah boleh makan atau belum. Bila semua orang Islam yang berada di dalam restoran makan. Barulah mereka sentuh makanan mereka. TAHNIAH untuk kamu berlima. Terima kasih kerana menghormati kami umat Islam.

Mas Intan turut mengucapkan tahniah dan terima kasihnya terhadap kelima-lila remaja berkenaan kerana memahami serta begitu menghormati beliau sebagai seorang Islam.

Perkongsian Mas Intan juga turut mendapat respon yang baik dari netizen serta ratusan perkongsian daripada mereka yang rata-rata memuji kelima orang pemuda berkenaan.

Rakan Facebook Mas Intan juga turut memberikan komen positif apabila berkata "hormat menghormati adalah amalan yang mulia. Satu Malaysia.

Dan salah seorang rakannya juga berkata, "walaupun lima pemuda Cina terbabit makan terlebih dahulu, mereka masih tidak dianggap tidak menghormati umat Islam. Tetapi inilah keindahan (negara) terdiri daripada pelbagai bangsa. Mereka hormat untuk menunggu waktu azan,” katanya.

Tindakan mereka itu harus dicontohi oleh semua orang di Malaysia iaitu hormat menghormati sesama kita agar kita hidup dalam suasana harmoni, aman dan damai. - Mstar

No comments

Powered by Blogger.