Header Ads

Memandu Tanpa Lesen, Road Tax Mati - Tindakan Biadap Wanita Afrika Ini Cetus Kemarahan Netizen


Mungkin ada yang pernah mengalami perkara sebegini apabila dilanggar kereta yang dipandu oleh warga asing seperti orang Afrika dan juga orang Arab yang dipercayai memandu kereta dengan laju tanpa mempunyai lesen, malah mereka langsung tidak mempedulikan tentang keselamatan pemandu lain.

Perkara ini baru sahaja berlaku kepada seorang gadis yang dikenali sebagai Mie Carey apabila terpaksa berhadapan dengan situasi ini setelah seorang warga Afrika didapati melanggar keretanya yang dikatakan sangat kurang ajar, seperti samseng serta biadap. Bagi orang seperti ini, mereka hanya akan mencari kesalahan kita dan menganggap masalah kerugian boleh dibayar menggunakan insuran.




Overtake belah kiri tak lepas. Seret habis kereta belah kiri. Dah nak raya wat hal lak.

Berlagak belajar UPM. Dia ingat saya ni takda degree ke? Lesen memandu tak ada. Roadtax tak ada. Salahkan saya yang langgar dia?

Saya tak kira. Memang bulan puasa. Dari depan IOI Putrajaya saya kejar sampai Cyberjaya. Tak mengaku. Saya call polis Cyberjaya.

Ohh video yang last tu dia jatuhkan fon saay. Maka sampai situ je la video. Mohon viralkan. Memang saya rasa takda harapan nak claim sebab dia takda insurance pon. Sapa2 leh bagi cadangan apa yang saya perlu lakukan selain report police?


No comments

Powered by Blogger.