Header Ads

Motosikal Bilal Dicuri Ditukarkan Dengan Basikal Jadi Tular


PETALING JAYA - Seorang bilal yang ingin pergi ke masjid terkejut besar apabila motosikalnya telah bertukar menjadi sebuah basikal yang dipercayai ditukarkan oleh seseorang.

Motosikal milik bilal tersebut telah dilarikan oleh individu yang menukarkan dengan sebuah basikal kata Khairudin Shaary anak kepada bilal terbabit menerusi perkongsiannya di laman Facebook sehingga jadi tular.

Khairudin turut mengecam tindakan pencuri terbabit yang tergamak berbuat demikian dengan menukar motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru milik bapanya dengan sebuah basikal pada bulan yang mulia ini.


"Wahai pencuri, tergamak kau curi moto dan tukarkan dengan basikal ni. Ingat ni zaman paleolitikkah main sistem barter.

"Motor tu ayah aku buat pi masjid nak azan dan pi mengai haruan cari rezeki. Moto bilal masjid pun kau nak rembat bulan-bulan puasa ni," katanya di laman Facebook.

Kejadian yang turut dikecam netizen itu dikatakan berlaku di Pulau Pinang.

Khairudin juga turut mendedahkan nombor pendaftaran motosikal yang hilang itu iaitu PEE 2763 dengan harapan motosikal milik ayahnya itu dapat dikesan oleh orang ramai.

Perkongsian Khairuddin itu telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang rata-rata diantara mereka menjadi berang dengan tindakan individu yang dikatakan tidak bertanggungjawab itu.

Namun, ada juga diantara mereka beranggapan kejadian itu apabila ditukarkan dengan basikal adalah amat melucukan serta menyifatkan suspek itu masih lagi mempunyai rasa kasihan.

Ada juga diantara mereka memberi kata semangat agar bersabar dengan ujian seperti ini di bulan Ramadhan dan semoga si pencuri itu diberi petunjuk serta hidayah di atas perbuatannya itu. - Mstar

No comments

Powered by Blogger.