Header Ads

Mulanya Ingatkan Iklan Itu Menipu Saja, Power Jugak Fumakilla Vape Ini


Oleh: Cik Da

Ada satu malam ini, suami masuk ke dalam tandas dan semasa dia keluar, dia cakap “ada lipan dalam tandas.”

Saya pun bertanya, “besar ke kecik lipannya?”

Dia kata, “kecil, tetapi bukanlah kecil sangat.”

Selepas itu, dia ambil Fumakilla Vape ini, dia spray satu semburan saja ke dalam bilik air lepas itu dia terus tutup pintu tandas itu. Bukan spray pada lipan sebab lipan sudah lama lari.


Esok paginya, saya tengok lipan itu sudah mati. Bukan lipan saja yang mati, cicak yang ada dalam bilik air itu pun turut sama mati. Terkejut saya. Kalau ada lipas yang menyorok pun, lipas itu akan turut sama mati.

Fuhhhh ! Power jugak Fumakilla Vape ini. Pada mulanya, ingatkan iklan itu menipu saja. Rupanya betul. Sekali spray saja boleh mati semua lipas, cicak, semut dan nyamuk.


Botol kecil saja. Tapi tahan lama.

Cara penggunaan:

1. Dapur : Sekali spray saja. Semut tidak akan ada untuk tempoh satu hingga ke dua minggu.
2. Bilik : Sekali spray saja untuk menghalau nyamuk.
3. Tandas :  Sekali spray saja. Kalau ada lipas cicak atau apa serangga yang menyorok dan kita tidak nampak, akan mati juga.
4. Bukan spray setiap hari tau. Spray saja setiap tiga hari sekali atau seminggu sekali atau bila perlu.


Jadi, korang pergi beli ya? Untuk korang juga. Di mana mahu beli?

Boleh pergi ke Tesco, Aeon, Speedmart 99, 7E, Giant, NSK.

No comments

Powered by Blogger.