Header Ads

Netizen Dakwa Ada Hantu Ketika Rakaman Pengambaraan Program TV - Kru Penerbitan Tampil Jelaskan Tentang Makhluk Halus


Media sosial menjadi gempar sejak semalam apabila sebuah program TV yang telah dihoskan oleh artis lelaki terkenal Izzue Islam didakwa oleh netizen bahawa ada penampakan makhluk halus yang dapat dilihat dengan jelas menerusi rakaman video program berkenaan.

Rakaman video program berkenaan yang berdurasi selama 45 saat itu kini jadi tular sejak semalam gara-gara kemunculan seorang wanita yang dilihat berpakaian serba hijau serta hilang dalam sekelip mata sebaik sahaja artis berkenaan bergerak naik ke rumah Inap Desa yang dipercayai bertempat di Sabak Bernam.

Difahamkan, kru pengambaraab rancangan terbabit turut terkejut apabila dimaklumkan tentang cerita berkenaan, walau bagaimanapun, selepas membuat siasatan melalui rakaman video berkenaan wanita berpakaian serba hijau tersebut dikatakan adalah wanita yang sebenar dan tiada lagi isu makhluk halus seperti yang didakwa netizen.


Izzue Islam turut menjelaskan bahawa wanita itu sebenarnya adalah seorang makcik yang didapati berada di rumah sebelah dan beliau dikatakan beredar dengan segera selepas menyedari kawasan itu sedang diadakan pengambaraan. Menurut Izzue lagi, dia juga turut merasa seram tetapi tidak terus mempercayai cerita itu selagi tidak mendapatkan penjelasan yang sebenar tentang cerita berkenaan.

Izzue Islam juga menasihatkan orang ramai terutamanya netizen yang menonton rakaman berkenaan supaya tidak membuat sebarang spekulasi negatif dan cerita karut berkaitan dengan rakaman video berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.